Utusan Borneo (Sarawak)

PENOREH GETAH HILANG DITEMUI MATI

-

SRI AMAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar untuk menoreh getah di Rumah Panjang Jangin Kejemut Skrang, di sini sejak Rabu lepas ditemui mati semalam.

Mangsa, Aji Inyau, 73, sebelum kejadian dikatakan keluar dari rumahnya sekitar jam 7.30 pagi dan menggunaka­n perahu untuk menyeberan­g sungai.

“Bagaimanap­un, mangsa disedari tidak pulang pada petang hari tersebut menyebabka­n isterinya terus melaporkan kepada pihak polis dan jarak mangsa dilaporkan hilang dari rumah panjang sekitar tiga kilometer.

“Usaha mencari mangsa oleh penduduk kampung berjaya menemui perahu mangsa jauh dari tempat mangsa menoreh getah dan barang seperti parang, kasut, bakul dan juga peralatan menoreh masih di dalam perahu,” kata sumber.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa berkata, mayat mangsa berjaya ditemui oleh penduduk kampung.

“Mayat mangsa dijumpai pada jam 7.30 pagi tadi (semalam) dan dihantar ke Hospital Sri Aman,” katanya.

Turut sama dalam operasi SAR tersebut ialah polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan penduduk kampung.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Farhan Sufyan Borhan berkata, terdapat kesan gigitan buaya di bahu kiri mangsa.

“Mangsa dijumpai pada radius tujuh kilometer dari kawasan beliau dilaporkan terjatuh dan dimaklumka­n terdapat kesan gigitan buaya di bahu kiri mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

 ??  ?? DITEMUI: Anggota penyelamat mengusung mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Sri Aman.
DITEMUI: Anggota penyelamat mengusung mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia