Utusan Borneo (Sarawak)

Selebriti sertai ribuan protes Trump

Pada petang sebelum upacara pelantikan rasmi Trump sebagai presiden AS ke-45

-

NEW YORK: Beberapa orang selebriti senarai A menyertai ribuan penunjuk perasaan di jalan raya New York pada malam kelmarin untuk membantah terhadap Donald Trump pada petang sebelum upacara pelantikan rasmi bakal presiden Republikan itu.

Beberapa orang pelakon Hollywood seperti Robert de Niro dan Alec Baldwin, pengarah yang memenangi Oscar Michael Moore serta penyanyi Cher adalah antara mereka yang menyertai perhimpuna­n bising berhampira­n Trump Internatio­nal Hotel di Central Park South.

Sekumpulan beberapa ribu orang berkumpul di Columbus Circle dan Central Park West, dataran di luar hotel lima bintang tersebut.

“Menentang Trump setiap hari” dan “keadilan dan hak asasi sivil untuk semua,” menurut tulisan pada papan tanda dalam perhimpuna­n di bandar asal bakal presiden tersebut, di mana majoriti penduduk mengundi lawannya dari Demokratik Hillary Clinton dalam pilihan raya pada tahun lepas.

Baldwin, yang menyindir Trump dalam satu slot biasa dalam rancangan komedi TV “Saturday Night Live” yang menarik pujian dan bantahan berulang kali dalam Twitter oleh bilionair Republikan tersebut, telah naik ke atas podium untuk meniru aksi Trump.

“Adakah kita akan mempunyai bantahan selama 100 hari,” kata beliau, menuju kepada orang ramai dan bertukar kepada suara biasa beliau. “Menakjubka­n!” kata beliau dengan teruja.

“Beliau (Trump) tidak memerintah dengan satu mandat,” Moore berkata merujuk kepada kemenangan Clinton bagi undi popular, dan rakyat Amerika yang telah mengundi calon-calon bebas.

“Kami adalah pihak majoriti. Jangan mengalah. Saya tidak akan berputus asa,” kata beliau.

“Beliau ( Trump) tidak akan mampu bertahan selama empat tahun.”

De Niro turut cuba untuk menaikkan semangat orang ramai agar tidak teragak-agak dengan keyakinan mereka.

“Walau apa sahaja yang berlaku, kita sebagai rakyat Amerika, kita adalah penduduk New York, kita adalah patriot, akan bersatu hati untuk hak kita dan hak bagi rakan rakyat yang lain,” tegas beliau.

Datuk Bandar Bill de Blasio, seorang anggota Demokrat, telah mengemukak­an rayuan bagi perkembang­an politik dan menggesa rakyat Amerika di seluruh negara agar bangkit dan melakukan bantahan mereka terhadap barisan pentadbira­n akan datang.

“Donald Trump selalu menyatakan beliau telah membentuk satu pergerakan, jadi sekarang adalah masanya bagi kami untuk membentuk pergerakan kami dan itu bermula malam ini dan ia akan berlaku di seluruh negara, malam ini, esok dan harihari yang mendatang,” ujar de Blasio.

Beliau telah memperjuan­gkan penjagaan kesihatan sejagat, melindungi dunia daripada perubahan iklim dan mempertaha­nkan hak yang diperolehi di bawah pentadbira­n lama Barack Obama.

“Lihat pada ribuan orang yang berada di sini pada malam ini dan itu hanyalah satu permulaan,” tambah beliau.

Tinjauan pendapat dikeluarka­n oleh Universiti Quinnipiac menyatakan 46 peratus pengundi New York mahu datuk bandar cuba berbaik dengan bakal presiden sementara 45 peratus mempercaya­i beliau harus menjadi seorang ketua negara bagi menentang polisi Trump.

Pereka grafik Patrick Mavros, salah seorang yang menyertai perhimpuna­n, berkata ia adalah bantahan terhadap pentadbira­n Trump dan apa yang dinyatakan oleh kabinet beliau – yang didominasi sepenuhnya oleh pegawai kulit putih, kaya dan lelaki.

“Jauh bezanya dari hak LGBT hingga kepada hak wanita dan hak penduduk Islam. Saya fikir ia adalah satu simbol bahawa orang tidak akan berdiam diri tanpa berbuat apa-apa dan membiarkan mereka terlepas dengan apa yang mereka inginkan. Kami akan memer- hati dan membuatkan mereka bertanggun­gjawab,” beliau memberitah­u AFP.

“Kami berada di sini kerana kami berasakan kami akan kehilangan semua kepentinga­n semenjak 50 tahun yang lepas – hak sivil, kebebasan bersuara, penjagaan kesihatan, hak wanita, kedamaian dunia, kamu sebutkan sahaja,” kata Carol Bay, seorang pakar terapi yang hadir bersama isterinya.

“Kami akan kehilangan semuanya kerana mereka telah meminta untuk mengambiln­ya balik sepanjang beberapa tahun ini,” beliau berkata merujuk kepada pihak Republikan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PRESIDEN AS KE-45: Bakal presiden AS Donald Trump berdiri di pentas bersama isterinya Melania sebelum menyampaik­an ucapan pada majlis makan tengah hari bersama anggota kabinet dan pemimpin kongres di Trump Internatio­nal Hotel di New York, kelmarin.
— Gambar Reuters PRESIDEN AS KE-45: Bakal presiden AS Donald Trump berdiri di pentas bersama isterinya Melania sebelum menyampaik­an ucapan pada majlis makan tengah hari bersama anggota kabinet dan pemimpin kongres di Trump Internatio­nal Hotel di New York, kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? ANTI-TRUMP: Penunjuk perasaan membawa sepanduk memprotes bakal presiden Donald Trump berhampira­n Trump Tower di New York, kelmarin.
— Gambar Reuters ANTI-TRUMP: Penunjuk perasaan membawa sepanduk memprotes bakal presiden Donald Trump berhampira­n Trump Tower di New York, kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? TANDA SOKONGAN: Cher (kiri) dan Mark Ruffalo antara selebriti senarai A yang menyertai perhimpuna­n anti-Trump di luar Trump Internatio­nal Hotel di New York, kelmarin.
— Gambar Reuters TANDA SOKONGAN: Cher (kiri) dan Mark Ruffalo antara selebriti senarai A yang menyertai perhimpuna­n anti-Trump di luar Trump Internatio­nal Hotel di New York, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia