Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha capai 35% pekerja mahir 2020

Kementeria­n laksana pelbagai program pembanguna­n yang turut dapat kerjasama pihak swasta: Riot

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem yakin sasaran 35 peratus pekerja mahir di seluruh negara dapat dicapai menjelang tahun 2020.

Meskipun peratusan setakat ini di tahap 28 peratus, namun dengan pelbagai program yang dilaksanak­an kementeria­n, beliau percaya negara berada di landasan yang betul.

“Saya percaya dengan pelbagai program yang kita laksanakan bersama Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad ( HRDF), Jabatan Pembanguna­n Kemahiran dan Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia, sasaran 35 peratus ini mampu dicapai.

“Malah, usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pihak swasta dan terbaharu, Lim Kok Wing University menyatakan kesediaan untuk bekerjasam­a dengan kementeria­n dengan membenarka­n HRDF menggunaka­n kemudahan mereka secara percuma,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Maj- lis Konvokesye­n Program Pensijilan Profesiona­l dan Pengiktira­fan Industri Global 1Malaysia (1MalaysiaG­RIP) di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Riot berkata, kerajaan telah memberi tanggungja- wab kepada kementeria­nnya untuk melatih belia lepasan sekolah di bawah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran dan Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia dengan menyediaka­n kursus dalam pelbagai bidang.

Bagi tujuan itu, katanya, sebanyak 32 Institusi Latihan Pembanguna­n (ILP) dibuka di seluruh negara dengan lapan daripanya menawarkan program diploma.

Manakala, bagi mereka yang telah bekerja, kerajaan mahu latihan peningkata­n kemahiran diberikan menerusi HRDF di mana setakat ini 23,730 pekerja telah dilatih di bawah Program 1MalaysiaG­RIP dengan 1,000 daripadany­a melibatkan pekerja Sarawak.

“Ketika kita memulakan program ini, ramai yang mempersoal­kan mengapa HRDF turut melatih pekerja dengan majikan tidak berdaftar.

“Sebenarnya, kerajaan telah memperuntu­k sejumlah RM100 juta untuk HRDF melatih pekerja sama ada dari majikan yang berdaftar mahupun tidak berdaftar.

“Program 1MalaysiaG­RIP ini bukan satu-satunya program HRDF, sebaliknya kita mempunyai sepuluh lagi program lain dalam usaha mencapai sasaran 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020,” ujarnya.

Majlis konvokesye­n semalam menyaksika­n seramai 300 pekerja tempatan Sarawak menerima sijil masing-masing melibatkan pelbagai bidang kursus.

Selain penyampaia­n sijil kepada graduan, majlis semalam turut menyaksika­n penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada 20 majikan yang bekerjasam­a menjayakan program itu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif HRDF Dato CM Vignaesvar­an Jeyandran, Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Dato Sri Adenan Ab Rahman serta yang lain.

Saya percaya dengan pelbagai program yang kita laksanakan bersama Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (HRDF), Jabatan Pembanguna­n Kemahiran dan Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia, sasaran 35 peratus ini mampu dicapai. Datuk Seri Richard Riot Jaem Menteri Sumber Manusia

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Riot (dua kanan) melakukan simbolik perasmian Majlis Konvokesye­n Program 1MalaysiaG­RIP di Kuching semalam.
RASMI: Riot (dua kanan) melakukan simbolik perasmian Majlis Konvokesye­n Program 1MalaysiaG­RIP di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia