Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaat untuk pengusaha kecil sawit di Limbang

Pengusaha tidak perlu lagi hantar hasil ke Miri, Lawas apabila Kilang Lubai Tengah Menuang siap

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Pembinaan kilang sawit kawasan Lubai Tengah Menuang dekat sini dijangka siap tahun ini dan bakal memberi manfaat serta kemudahan kepada pengusaha kecil komoditi itu khusus kawasan pedalaman dan luar bandar.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata sebelum ini pengusaha kecil komoditi itu terpaksa menghantar hasil tanaman ke Miri ataupun Lawas yang disifatkan membebanka­n kerana terpaksa mengeluark­an perbelanja­an untuk kos pengangkut­an.

Menurutnya lagi menerusi pembinaan kilang yang kini dalam 70 peratus pembinaann­ya dapat mengatasi masalah pekebun kecil kawasan itu bagi menjual hasil kelapa sawit mereka.

Pembinaan kilang kelapa sawit di kawasan Menuang merupakan berita baik kepada pengusaha kecil untuk menghantar terus hasil komoditi mereka ke kilang tanpa pergi ke Miri mahupun Lawas.

“Pembinaan kilang kelapa sawit di kawasan Menuang merupakan berita baik kepada pengusaha kecil untuk menghantar terus hasil komoditi mereka ke kilang tanpa pergi ke Miri mahupun Lawas,” katanya di sini semalam.

Hasbi optimis dengan adanya kilang penapisan ini, pengusaha kecil komoditi itu mampu meningkat lagi jumlah pengeluara­n minyak sawit mentahnya melalui penanaman kelapa sawit serta pengurusan ladang yang lebih cekap.

“Ini akan memberi sumbangan untuk menambah pendapatan keluarga seterusnya memantapka­n pembanguna­n ekonomi negeri.

“Saya percaya matlamat ini akan tercapai, malah kilang sawit berkenaan akan mempunyai keupayaan dan kelebihan dari segi pengalaman serta disokong oleh tenaga pekerja cekap serta profesiona­l,” katanya lagi.

Selain itu pembinaan kilang sawit ini juga bukan sahaja memberi impak daripada segi pengeluara­n hasil perniagaan utamanya malah juga faedah sampingan daripada segi penyediaan peluang-peluang pekerjaan serta usaha dalam mewujudkan tenaga pekerja industri kelapa sawit yang mahir dan produktif.

Beliau juga berharap gerakan koperasi di daerah ini mengambil peluang untuk menyertai perniagaan dengan menyediaka­n kemudahan penimbang (RAMP) untuk pengumpula­n komoditi itu.

“Ini peluang perlu direbut, gerakan koperasi untuk menyedia kemudahan RAMP bagi pengumpula­n kelapa sawit,”katanya lagi.

Hasbi Habibollah Ahli Parlimen Limbang

 ??  ?? KEMUDAHAN RAKYAT: Kilang sawit di Lubai Tengah Menuang Limbang bakal beri manfaat kepada pengusaha kecil di luar bandar.
KEMUDAHAN RAKYAT: Kilang sawit di Lubai Tengah Menuang Limbang bakal beri manfaat kepada pengusaha kecil di luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia