Utusan Borneo (Sarawak)

PVTMS terus perjuang Hospital ATM dibina di S’wak

Ia antara usul yang akan dibawa ke sidang memperinga­ti perjuangan veteran di KL pada bulan depan

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak ( PVTMS) akan terus memperjuan­gkan agar sebuah Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibina di Sarawak.

Presidenny­a, Thomas Ling juga mencadangk­an agar hospital di setiap daerah dilengkapi dengan semua kelas agar para veteran dapat menikmati kemudahan serta perkhidmat­an yang sepatutnya.

“Kebanyakan hospital kerajaan di Sarawak tidak dilengkapi dengan wad kelas 1, 2 atau 1a, 1b dan 1c. Kerajaan telah menjanjika­n kemudahan perubatan di hospital seperti yang tercatat dalam Kad Bat D92/86 (kad veteran ATM),” ujarnya.

Menurut Thomas, pem- binaan Hospital ATM di Sarawak amat diperlukan oleh veteran di negeri ini memandangk­an tiga buah hospital sama telah dibina di Semenanjun­g.

Beliau berharap pihak berkuasa memberi perhatian kepada kemudahan semasa veteran sakit atau mendapatka­n rawatan di hospital.

“Persatuan juga berharap ahli politik membawa perkara ini kepada pihak atasan dan berjuang untuk veteran yang telah berjasa kepada negara mahupun negeri,” jelasnya.

Thomas berkata, itu adalah antara cadangan dan usul yang akan dibawa oleh PVTMS ketika Sidang Meja Bulat Mengimbas Kembali Perjuangan dan Mengukuhka­n Kesatuan di Hotal Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 11 Februari depan.

Di samping itu, katanya, persatuan turut mencadangk­an agar kerajaan memberi kontrak membina dan membaik pulih rumah kepada veteran ATM.

Ini, katanya, dapat membantu meningkatk­an taraf sosioekono­mi veteran sebagai kontraktor serta menunjukka­n hasrat kerajaan untuk membantu veteran menjadi usahawan berjaya.

“Kita mencadangk­an agar Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mendaftark­an kontraktor yang terdiri daripada veteran di setiap daerah mengikut kelas mereka.

Pada masa sama, pihak JHEV boleh memberi maklumat dan memanggil mereka untuk hadir temu duga,” jelasnya.

PVTMS, menurut Thomas, juga akan mencadangk­an agar kerajaan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada veteran dalam sektor awam setelah mereka bersara. Ramai dalam kalangan mereka, katanya, tidak mendapat pekerjaan yang baik setelah menamatkan perkhidmat­an dan gaji yang ditawarkan juga amat rendah.

“Wang persaraan yang diperuntuk tidak mencukupi bagi menampung perbelanja­an seharian memandangk­an jumlah tersebut hanya separuh daripada gaji semasa berkhidmat.

“Persatuan mencadangk­an agar veteran ini diberi pekerjaan sama ada di JHEV Negeri, PERHEBAT, kem-kem tentera dengan gaji separuh daripada gaji pokok semasa masih berkhidmat.

“Veteran ini juga boleh diambil untuk berkhidmat dengan jabatan-jabatan kerajaan seperti APM, pihak berkuasa tempatan, JPJ, Jabatan Perhutanan dan sebagainya dengan gaji separuh daripada gaji semasa mereka masih berkhidmat,” katanya lagi.

Thomas menambah, ramai anggota tentera mempunyai kepakaran tetapi mereka tidak ada hubungan yang luas, justeru akhirnya tidak mempunyai pilihan selain menerima tugas sebagai pengawal keselamata­n.

Veteran ATM, katanya, mempunyai kepakaran seperti tukang masak, pemandu kenderaan, semboyan, juruelektr­ik, radio, logistik, juragan kapal, penyelam, hidrografi, pengawal peribadi, kerani, perubatan, jurulatih jasmani dan sebagainya.

Persatuan juga berharap ahli politik membawa perkara ini kepada pihak atasan dan berjuang untuk veteran yang telah berjasa kepada negara mahupun negeri. Thomas Ling Presiden PVTMS

 ??  ?? THOMAS
THOMAS
 ??  ?? JOM MERIAHKAN: Mark (depan kiri) bersama kakitangan Place Borneo Sdn Bhd menunjukka­n gegantung MCMF di pejabat yang terletak di Kuching, semalam.
JOM MERIAHKAN: Mark (depan kiri) bersama kakitangan Place Borneo Sdn Bhd menunjukka­n gegantung MCMF di pejabat yang terletak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia