Utusan Borneo (Sarawak)

DAM pelawa orang ramai sertai kelas ngajat

-

MIRI: Bagi memperkemb­ang tarian tradisiona­l ngajat dalam kalangan masyarakat setempat, Persatuan Dayak Miri (DAM) mempelawa orang awam di sini bersama menyertai kelas ngajat bermula Mac ini.

Pengerusi penganjur Jacqueline Selaka Mawar berkata, kelas berkenaan terbuka dan akan dibahagi kepada dua sesi berlainan untuk tiga kali dalam seminggu.

“Kelas bagi budak atau orang dewasa lelaki, kelas akan bermula pada 1 Mac hingga 31 Mei, pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat bermula pada jam 7.30 malam hingga 9.30 malam.

“Manakala untuk kelas wanita serta kanak- kanak perempuan, kelas akan dimulakan pada 4 Mac hingga 4 Jun, pada setiap Selasa jam 7.30 malam hingga 9.30 malam, sementara pada setiap Sabtu dan Ahad adalah pada jam 2 petang hingga 5 petang,” katanya semalam.

Setiap kelas ngajat berkenaan akan diadakan di Ruai Francis Loke premis DAM terbabit.

Bagi kanak- kanak lelaki dan perempuan yang berumur lapan hingga 12 tahun, yuran pendaftara­n adalah RM20 untuk anak ahli DAM, manakala RM30 untuk anak bukan ahli.

Untuk lelaki dan wanita berumur 13 tahun dan keatas, yuran adalah RM20 bagi ahli, manakala RM50 untuk yang bukan ahli.

Borang pendaftara­n boleh didapatkan di pejabat DAM atau menghubung­i pejabat di talian 085-435 467 bagi memohon borang melalui e-mel.

Tarikh tutup pendaftara­n adalah 1 Mac pada jam 7.30 malam bagi kelas lelaki dewasa dan kanak- kanak, manakala kelasa wanita dan kanak- kanak perempuan adalah pada 4 Mac jam 2 petang.

Mereka yang berminat mengetahui lanjut mengenai kelas Ngajat DAM, boleh menghubung­i Jacqueline di talian 016-8786205, atau jawatankua­sa penganjur Betty Pan (010-9831231).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia