Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Itali: Roma akan bertemu Cesena pada saingan suku akhir

-

MILAN: Jaringan berganda Radja Nainggolan untuk Roma mencuri tumpuan apabila pasukannya menempah perlawanan suku akhir Piala Itali menentang kelab divisyen kedua Cesena dengan kemenangan 4-0 ke atas Sampdoria kelmarin.

Walaupun cubaan Luis Muriel terkena tiang pada awal perlawanan untuk Sampdoria, rembatan voley yang sensasi oleh Leandro Paredes turut terkena palang gol pasukan lawan dan menjadi petanda bagi apa yang bakal dilakukan oleh pencabar kejuaraan Serie A bimbingan Luciano Spalletti itu.

Penjaga gol Sampdoria, Christian Puggioni bertindak baik untuk menumbuk keluar satu lagi rembatan kencang oleh Paredes, tetapi penjaga gol itu tidak dapat berbuat apa- apa apabila Nainggolan menyambar sentuhan buruk oleh Matias Silvestre untuk meledakkan voley dengan kaki kanan dari luar kawasan penalti ke sudut atas gawang beberapa minit sebelum waktu rehat.

Kegembiraa­n dilanjutka­n ke bangku pemain simpanan yang memaparkan Francesco Totti yang begitu teruja, dan hampir mengulangi­nya beberapa minit kemudian apabila Nainggolan mengumpan bola kepada El Shaarawy dengan satu kuisan tumit kaki yang dirembat tinggi oleh penyerang tersebut.

Puggioni menolak bola rembatan rendah oleh El Shaarawy melepasi tiang gol dan dari tendangan sudut yang menyusul, Nainggolan merembat bola yang tersasar.

Dua minit selepas perlawanan bersambung, El Shaarawy merampas semula bola untuk memberinya kepada Edin Dzeko dan pemain Bosnia itu menewaskan Puggioni di sudut bawah jauh gawang bagi gol kedua Roma.

Dzeko, dua kali, dan kemudian Antonio Rudiger dinafikan tetapi El Shaarawy menebus kegagalan itu dengan jaringan ketiga yang cantik untuk pasukan tuan rumah.

Bekas penyerang AC Milan itu mengawal bola hantaran Dzejo sejauh 40 ela ketika melakukan larian, mengelecek pemain yang menjaganya, dan mengawal bola untuk meledakkan bola tinggi yang rumit di Puggioni yang meluru keluar.

Totti menggantik­an Dzeko pada minit ke-60 dan memanaskan sarung tangan Puggioni dua kali.

Diego Perotti melengkapk­an pemulihann­ya daripada kecederaan baru-baru ini dengan satu hantaran lintang untuk Nainggolan dan pemain Belgium itu menanduk bola melepasi Puggioni tepat pada masa penuh.

Roma sekarang menentang Cesena yang pada Rabu lepas berterimak­asih kepada penyerang yang dipinjam dari kelab Sassuolo, Karim Laribi, kerana menjaringk­an gol kemenangan yang menyingkir­kan kelab induknya dari kejohanan ini.

Pada Selasa lepas, Inter Milan mara ke peringkat suku akhir dengan gol kemenangan dalam masa tambahan pada minit ke-98 ke atas Bologna (3-2) untuk menempah perlawanan suku akhir di halaman sendiri menentang Lazio, yang mengalahka­n Genoa 4-2. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia