Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Negara Afrika: Senegal melangkah ke aksi suku akhir

-

FRANCEVILL­E: Senegal melupakan beberapa kempen yang buruk di kejohanan bola sepak Piala Negara Afrika kelmarin dengan menewaskan Zimbabwe 2- 0 dan menjadi pasukan pertama untuk layak ke peringkat suku akhir 2017.

Perlawanan Kumpulan B itu dikira hilang sengat selepas hanya 13 minit sahaja di bandar Francevill­e, Gabon, selepas bintang Liverpool, Sadio Mane, dan Henri Saivet menjaringk­an gol.

Sejak mereka menduduki tempat keempat pada 2006, pasukan Senegal mengalami kempen yang buruk dalam pertanding­an bola sepak utama di benua Afrika itu, dengan kegagalan untuk melepasi peringkat kumpulan sebanyak tiga kali dan malah tidak layak dia kali.

Sekarang mereka dijamin untuk menduduki tempat teratas Kumpulan B – tidak kira apa pun keputusan dalam perlawanan terakhir mereka menentang Algeria pada Isnin ini.

“Matlamat pada hari ini adalah untuk layak dan kami sudah melakukann­ya,” kata bintang Piala Dunia 2002 dan jurulatih Senegal, Aliou Cisse.

“Malah ketika kami bermain teruk dalam perlawanan pertama (menentang Tunisia), kami menang. Hari ini kami bermain baik dan menang dan kami sudah layak.

“Sudah 10 tahun kami kali terakhir mara ke peringkat suku akhir, Sekarang kami sudah melakukann­ya dan saya mengucapka­n tahniah kepada pemain.”

Tunisia bangkit dengan mengagumka­n daripada kekalahan kepada Senegal dalam perlawanan pertama untuk menumpaska­n Algeria 2-1 dan menjadi pasukan pilihan untuk menamatkan cabaran pada peringkat kumpulan di tempat kedua dan turut menempah tempat pada peringkat suku akhir.

Keputusan seri dengan Zimbabwe di Libreville akan menjamin tempat kedua.

Algeria, yang dianggap lebih berkemungk­inan untuk layak ke peringkat suku akhir berbanding Tunisia sebelum pertanding­an dwitahunan itu bermula Sabtu lepas, menghadapi masalah yang serius.

Pasukan Musang Gurun itu mungkin dapat mara jika mereka menewaskan Senegal dan Zimbabwe pula menewaskan Tunisia berdasarka­n kelebihan gol, jumlah jaringan atau undian.

Senegal mensia-siakan dua peluang untuk menjaringk­an gol sebelum Mane menolak masuk bola hantaran lintang daripada Keita Balde pada minit kesembilan selepas Saivet membuka benteng pertahanan Zimbabwe dengan satu hantaran cantik.

Saivet menggandak­an kelebihan empat minit kemudian dengan melencongk­an tendangan percuma di atas benteng pertahanan untuk melepasi penjaga gol Tatenta Mkuruva.

Kemenangan besar kelihatan bakal dicapai apabila Senegal kadang-kadang menyimpan bola, seakan-akan dalam sesi latihan, manakala pasukan Zimbabwe yang semakin kecewa mengejar bayangbaya­ng sahaja. — AFP

 ??  ?? TERBAIK: Pasukan SK RPR Jalan Astana meraikan kejayaan juara bawah 12 tahun kejohanan bola tampar Zon B Kuching.
TERBAIK: Pasukan SK RPR Jalan Astana meraikan kejayaan juara bawah 12 tahun kejohanan bola tampar Zon B Kuching.
 ?? — Gambar AFP ?? CARI RUANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Negara Afrika Kumpulan B di antara Senegal dan Zimbabwe di Francevill­e.
— Gambar AFP CARI RUANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Negara Afrika Kumpulan B di antara Senegal dan Zimbabwe di Francevill­e.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia