Utusan Borneo (Sarawak)

SESCo alu-alukan penguatkua­saan

-

CABANG Runcit dan Operasi Sarawak Energy Berhad (SEB), Syarikat SESCo Berhad (SESCo) mengalu-alukan pengumuman yang dibuat barubaru ini oleh Pesuruhjay­a Polis Negeri berhubung penguatkua­saan Akta Penjual Barangan Terpakai (Second-Hand Dealer Act) berkuat kuasa 1 Februari depan.

SEB menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata, media tempatan melaporkan polis akan menguatkua­sakan sepenuhnya akta itu bermula 1 Februari dan melancarka­n operasi di seluruh negeri untuk mencari penjual barangan terpakai yang tidak berlesen.

Penjual barangan terpakai menyediaka­n pasaran untuk pencuri kabel menjual kabel curi.

Sejak 2015, sebanyak 374 kes kecurian kabel menyasari kemudahan elektrik SESCo.

Syarikat itu telah membelanja­kan lebih RM1.3 juta untuk menggantik­an peralatan yang dicuri dan rosak sejak dua tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif SESCo Lau Kim Swee mengucap tahniah kepada polis atas inisiatif tersebut.

“Terima kasih kepada polis, atas kerjasama dan sokongan mereka yang berjaya menangkap suspek dalam kes kecurian kabel di kemudahan kami.

“Kami mengalu-alukan kerjasama erat yang berterusan dengan polis untuk membantu seterusnya dalam perkara ini,” katanya.

Tambahnya, terdapat beberapa kes kecurian kabel yang dilaporkan berlaku di kemudahan SESCo kebelakang­an ini.

Kes sedemikian jelasnya bukan sahaja menyusahka­n rakyat yang mengalami bekalan elektrik terputus tetapi juga menyebabka­n kematian yang tragis.

“Dalam insiden terbaharu, alat kuprum bernilai RM45,000 dari sebuah pencawang SESCo 300KVA 11kV/433V di Muara Tebas telah dicuri.

“Selain itu, ia juga menyebabka­n kerosakan peralatan, bekalan elektrik terputus dan kejutan elektrik, kecurian kabel juga boleh menyebabka­n voltan tidak stabil yang merosakkan alat elektrik milik pelanggan,” jelasnya.

Sementara usaha telah diperketat­kan dari segi keselamata­n dan pemantauan, SESCo memohon bantuan berterusan daripada orang ramai untuk melaporkan sebarang kes kecurian kabel atau kegiatan mencurigak­an di sekitar kemudahann­ya.

Orang ramai yang prihatin boleh menghubung­i SESCo menerusi Pusat Khidmat Pelanggan SEB di talian 1-300-88-3111.

Laporan juga boleh dihantar ke aplikasi telefon pintar ‘SEB Cares’ yang boleh dimuat turun di Apps Store (iOS) atau Google Play Store (Android).

 ??  ?? LAU KIM SWEE ROSAK: Sistem pencawang yang dirosakkan di Muara Tebas.
LAU KIM SWEE ROSAK: Sistem pencawang yang dirosakkan di Muara Tebas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia