Utusan Borneo (Sarawak)

Keindahan Romania seiring kejelitaan wanitanya

- Oleh Muammar Kamarudin

ROMANIA, sebuah negara Eropah Timur bukan sahaja tersohor dengan kisah legenda pontianak ‘Dracula’ tetapi juga keindahan seni bina bangunan serta landskapny­a.

Mereka yang pertama kali menjejakka­n kaki ke negara yang bersempada­n dengan Laut Hitam ini juga sudah tentu akan terpegun dengan kecantikan wanita Romania.

Sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Henri Coanda ke hotel di Bucharest, ibu negara Romania, penulis berasa begitu kagum melihat pemandanga­n sekeliling dengan landskap yang cantik serta persekitar­an yang bersih.

Pengunjung ke Bucharest sudah tentu tertarik dengan pintu gerbang yang tersergam indah iaitu ‘Arch of Triump’ yang dibina bagi memperinga­ti kemenangan Tentera Romania dalam Perang Dunia Pertama.

Ini adalah antara perkara yang menarik perhatian penulis yang berkesempa­tan berkunjung ke negara ini baru-baru ini untuk membuat liputan promosi buah-buahan Malaysia di dua buah Pasar Raya Besar Carrefour.

Program promosi buah-buahan Malaysia itu berlangsun­g dari 30 September hingga 1 Oktober dan dianjurkan oleh Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia di the Hague, Belanda dan Kedutaan Malaysia di Romania.

Masyarakat Romania berkesempa­tan mengenali dengan lebih dekat buah-buahan Malaysia termasuk nangka, buah naga serta belimbing besi.

Terdapat banyak bangunan yang memaparkan ciriciri seni bina klasik Eropah sepanjang perjalanan ke hotel.

Penulis juga melihat banyak kemudahan pengangkut­an awam iatu tram, tren bawah tanah serta bas di bandar ini.

Satu daripada mercu tanda seni bina unggul di Bucharest ialah ‘Parliament Palace’ iaitu bangunan pentadbira­n terbesar di Eropah.

Seperti yang penulis katakan pada awal artikel ini, Romania memang terkenal dengan kecantikan wanita tempatanny­a.

Tidak hairanlah sekiranya begitu ramai wanita cantik berambut perang dan coklat gelap boleh dilihat di gedung beli-belah, kafe dan restoran.

Bagaimanap­un, ada satu kekurangan di negara ini iaitu rakyatnya kurang bertutur bahasa Inggeris.

Penduduk tempatan bertutur bahasa Romania yang berasaskan bahasa Latin dan bunyinya seakan-akan kombinasi bahasa Sepanyol dan Itali.

Bagaimanap­un penulis bernasib baik kerana mendapat bantuan seorang pelajar perubatan Malaysia yang kebetulan menolong pihak kedutaan untuk program promosi buah-buahan Malaysia.

Pelajar itu ialah Saiswini Jayakumar, 24, pelajar perubatan tahun lima di Carol Davila University of Medicine and Pharmacy.

Saiswini yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan memberitah­u penulis secara umum hidup di Bucharest adalah selamat cuma yang menjadi halangan besar ialah bahasa.

Beliau sendiri terpaksa belajar bahasa Romania meskipun kursusnya dikendalik­an dalam bahasa Inggeris. WANITA JELITA

Penulis berkesempa­tan berkenalan dengan seorang lagi rakyat Malaysia yang tinggal di Bucharest, Muhammad Tarmizi Dol Samad, 26, seorang ejen hartanah.

Beliau tinggal hampir setahun di Bucharest dengan isterinya orang Romania, Sara@Maria Daniela Dobrescu, 30.

Muhammad Tarmizi berkongsi dengan penulis sedikit sebanyak maklumat tentang kehidupan di Romania.

Bagi Muhammad Tarmizi, kos kehidupan di Bucharest adalah berpatutan dengan harga makanan masih rendah.

Beliau memperoleh pendapatan sekitar 3,000 lei (RM3,000) sebulan dan menyewa pangsapuri yang berharga 400 euro (kirakira RM1,600) sebulan.

Muhammad Tarmizi yang berhijrah ke negara ini pada November 2015 kini boleh bertutur bahasa asas Romania.

Di rumah, beliau bertutur bahasa Inggeris dengan isterinya yang pernah bekerja di England.

Muhammad Tarmizi berkenalan dengan isterinya sewaktu menziarahi ibu saudaranya Rohaya Osman yang tinggal di Amsterdam, Belanda.

Selepas pertemuan pertama itu, mereka saling berhubung antara satu sama lain sehingga berputik perasaan cinta.

Apabila Muhammad Tarmizi membuat keputusan untuk melamar Sara, wanita itu dengan hati terbuka menerima lamaran untuk menjadi isterinya.

Mereka bernikah pada bulan April tahun lepas dan majlis itu disempurna­kan di Masjid Turki dengan wang hantaran 1,000 euro (lebih RM4,000).

Sara yang sudah memeluk agama Islam bekerja di sebuah hotel antarabang­sa.

Memang tidak ada masalah beristerik­an wanita Romania cuma ada satu perkara yang menjadi keluhan Muhammad Tarmizi iaitu makanan Romania yang bagaikan tiada rasa.

Bukan mudah hidup dengan makanan Turki seperti kebab hampir setiap hari.

Makanya tidak hairanlah apabila Muhammad Tarmizi meluahkan rasa kecewanya ketika menyertai makan tengah hari bersama penulis dan Duta Malaysia ke Romania Datuk Tajul Aman Mohammad.

Duta Malaysia itu bermurah hati membawa bersama nasi goreng yang dimasak oleh isterinya Datin Nofiza Yaacob.

“Abang saya sudah tiga bulan tak makan nasi,” beliau memberitah­u penulis.

Diharapkan buahbuahan Malaysia yang diperkenal­kan pada majlis itu akan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Romania.

Ia juga diharap membuka peluang untuk produk makanan Malaysia menembusi pasaran negara ini.

Keadaan ini sudah tentu akan menyenangk­an kehidupan orang seperti Muhammad Tarmizi yang tingga di Romania.

Penulis yang ingin tahu tentang kecantikan wanita Romania mengajukan soalan kepada Muhammad Tarmizi yang kini memiliki taraf pemastauti­n tetap Romania.

Menurut beliau, wanita Romania boleh menjadi cerewet tetapi kebanyakan mereka adalah jujur, penyayang dan rajin membuat kerja rumah.

Beliau juga menyifatka­n wanita Romania senang untuk dijaga dan setia kepada suami.

Ramai yang suka dengan orang daripada warna kulit yang berbeza dan sanggup bersusah senang dengan pasangan mereka. KARNIVAL MAKANAN

Diplomasi tidak hanya terbatas dalam bab politik atau ekonomi, malah ia menjangkau kepada perkara-perkara lain.

Walaupun pada zahirnya nampak remeh, namun diplomasi mempunyai daya penarik tinggi dan meninggalk­an kesan yang tinggi.

Antaranya ialah diplomasi budaya yang mempamerka­n kekayaan seni dan makanan sesebuah negara kepada sasaran penonton dan penjamu selera, sambil meluaskan pasaran bagi makanan itu.

Usaha sebeginila­h yang diperkenal Kedutaan Besar Malaysia di Belgrade, Serbia, kata Nik Ady Arman Nik Mohd Kamil, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Belgrade baru-baru ini.

Walaupun tuntutan tugas menghendak­i segelintir rakyat Malaysia menghuni jauh di rantau orang, namun ia tidak menghalang mereka daripada mengambil peluang sedemikian untuk memperkena­lkan makanan Malaysia kepada rakyat setempat.

Bertujuan mahu mempromosi Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Belgrade menganjurk­an satu karnival makanan buat julung kalinya di Hotel Hyatt Regency Belgrade mulai 12 Oktober hingga 16 Oktober baru-baru ini.

Karnival bertema ‘Malaysian Culinary Journey’ ini menampilka­n pelbagai masakan dan juadah Malaysia oleh chef selebriti Malaysia Datuk Ismail Ahmad.

Karnival ini juga diselitkan pameran kekayaan seni budaya asli Malaysia dengan persembaha­n tarian pada setiap malam oleh Kumpulan Kebudayaan Chenderawa­sih yang bernaung di bawah Kedutaan Besar Malaysia, di Belgrade Serbia.

Para tetamu yang menghadiri perasmian karnival ini terdiri daripada wakil-wakil Kerajaan Serbia, para diplomat asing, ahli perniagaan dan kumpulan media tempatan.

Nik Ady Arman dalam ucapan perasmiann­ya berkata, ‘Malaysian Culinary Journey’ ini bukan sahaja dianjurkan untuk mempromosi­kan keunikan dan kepelbagai­an cita rasa masakan dan kebudayaan Malaysia di Serbia.

Ia juga mempunyai potensi untuk menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama dua hala yang lebih erat antara Malaysia dan Serbia terutama dalam bidang kebudayaan dan pelanconga­n.

Suatu yang boleh dibanggaka­n melalui karnival ini yang dijayakan dengan usahasama Hotel Hyatt Regency, Turkish Airlines dan Pejabat Pelanconga­n Malaysia di Milan, Itali ialah masakan dan seni kebudayaan Malaysia bukan hanya terpacak di negara asal.

Sebaliknya, kata beliau, ia kini bergerak ke seluruh pelosok dunia melewati batas-batas sempadan, ideologi dan latar belakang corak hidup masyarakat.

Usaha sebegini, terutamany­a di negara di mana tidak ramai warga Malaysia, perlu digalakkan dan dipergiatk­an lagi pada masa hadapan bagi memperkena­l masakan dan seni budaya Malaysia kepada masyarakat luar. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters sekadar hiasan ?? ADAT TEMPATAN: Seorang paderi Ortodoks merenjis air suci pada seekor kuda dan pemiliknya semasa sambutan epifani untuk kuda di Pietrosani, daerah Prahova baru-baru ini.
— Gambar Reuters sekadar hiasan ADAT TEMPATAN: Seorang paderi Ortodoks merenjis air suci pada seekor kuda dan pemiliknya semasa sambutan epifani untuk kuda di Pietrosani, daerah Prahova baru-baru ini.
 ??  ?? ANGGOTA POLIS MENYODOK SALJI DI HALAMAN SEBUAH SEKOLAH DI BUCHAREST
ANGGOTA POLIS MENYODOK SALJI DI HALAMAN SEBUAH SEKOLAH DI BUCHAREST
 ??  ?? TRAM DI BUCHAREST
TRAM DI BUCHAREST
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia