Utusan Borneo (Sarawak)

Damba perhatian di sebalik kedinginan Danube

-

MELETAKKAN beg sandangnya ke bawah, beliau memanjat pagar dan melompat ke dalam air yang mengalir deras di Danube: gadis berusia 16 tahun itu merupakan orang yang ke-29 cuba membunuh diri yang telah diselamatk­an oleh Renato Grbic, seorang nelayan dan pemilik restoran di Belgrade.

“Pada suatu hari dalam bulan Oktober, gadis itu bernasib baik kerana saya ada berhampira­n bersama seorang rakan untuk menariknya keluar,” menurut penyelamat­nya, warga emas berusia 55 tahun yang masih bertenaga.

“Saya sedang duduk di dalam kedai minuman keras saya ketika seorang jiran berlari masuk dan menyatakan seseorang telah terjun dari jambatan. Maka saya telah mengambil bot saya.. saya menarik beliau keluar,” imbau Grbic ketika ditemu bual koresponde­n Nicolas Gaudichet dan Katarina Subasic baru-baru ini.

Dibina pada 1946, Jambatan Pancevo memiliki pengiktira­fan ngeri sebagai lokasi tumpuan golongan paling terdesak di Belgrade.

Sehingga 2014, jalan raya dan jambatan landasan itu merupakan satu-satunya laluan menyeberan­gi Sungai Danube di ibu negara Serbia dan telah terselamat ketika kepen pengeboman NATO 1999 ke atas Serbia sepanjang peperangan­nya dengan etnik Albania Kosovo.

Jambatan Brankov di tengah bandar merupakan satu lagi tarikan untuk tindakan bunuh diri namun Sungai Sava yang mengalir di bawahnya ibarat kolam jika dibandingk­an dengan Danube, menurut Grbic.

Danube yang mengagumka­n itu mungkin meliputi pemandanga­n romantik bagi jelajah laluan air epik melalui kawasan luar bandar Eropah yang menakjubka­n di sebahagian daripada sepuluh buah negara yang dilaluinya.

Namun sungai kedua terpanjang di Eropah itu akan membawa sesiapa sahaja yang ingin terjun ke dalamnya sejauh beberapa kilometer, dan ketika musim sejuk, suhunya jarang sekali melepasi sifar darjah Celsius.

“Jangkaan hidup sebelum maut akibat hipotermia adalah 15 hingga 20 minit,” Grbic berkata, yang mana keluarga nelayan sungainya telah menetap di rumah tepi sungai mereka sejak empat generasi.

Di bahagian di mana kedai minuman kerasnya ‘At Renato and Goca’ beroperasi, kelebaran Danube hampir mencecah satu kilometer.

Dalam kabus musim sejuk, sukar untuk sampai malah hingga ke seberang tebing sungai.

Beberapa mangsa mati akibat serangan jantung ketika terjun atau masuk ke dalam air sedalam kirakira 20 meter itu, seperti seorang lelaki tua berusia 73 tahun dalam kejadian pada dua tahun lepas.

“Mereka yang terselamat mempunyai refleks kelangsung­an hidup.

“Mereka menjerit dan berenang,” kata Grbic, sudah berkahwin dan ayah kepada tiga anak lelaki yang meningkat dewasa. INGIN PERHATIAN

Setiap tahun pihak berkuasa mendaftark­an 25 hingga 30 cubaan bunuh diri dari jambatan Belgrade.

“Namun ini hanyalah kes berdaftar,” menurut Sasa Knezevic, timbalan ketua unit polis sungai Belgrade, sambil menambah statistik memuncak pada penghujung musim panas.

Pihak polis biasanya bertindak untuk menghalang tindakan bunuh diri ketika mereka mengesan kes-kes berpotensi melalui pengawasan video namun balai polis sungai terdekat adalah kirakira 15 minit di hulu sungai, menurut Grbic.

“Saya telah mengenali Renato sejak sekian lama.

“Jika bukan kerananya, ramai orang tidak akan diselamatk­an selepas terjun ke dalam sungai,” menurut Knezevic.

Grbic menyatakan beliau menghabisk­an 90 peratus masanya dengan memancing.

Beliau telah menyelamat­kan 29 orang yang hendak terjun dari Jambatan Pancevo dalam tempoh hampir dua dekad dan usahanya membolehka­nnya menerima pengiktira­fan rasmi.

Satu bahagian dinding di restoran beliau dihiasi dengan sijil terperinci keberanian yang dianugerah­kan pihak berkuasa tempatan, termasuk artikel akhbar mengenai beliau.

Beliau adalah antara kira-kira 200 rakyat Serbia yang diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka pada 2008.

Serbia berada di tangga ketiga negara-negara Eropah dengan jumlah tertinggi kes bunuh diri, dengan 16.8 bagi setiap 100,000 penduduk, menurut data terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi tahun 2012.

Grbic percaya bahawa kebanyakan cubaan bunuh diri merupakan satu permintaan untuk bantuan kerana kebanyakan mereka terjun pada waktu siang.

“Mereka ingin dilihat, mereka ingin mendapat perhatian,” kata beliau.

Mereka yang benarbenar ingin mati memilih Jambatan Brankov yang mempunyai tebing sungai konkrit, menurut beliau.

Setakat yang beliau ketahui, Grbic menyatakan bahawa daripada 29 orang yang telah diselamatk­annya, hanya seorang iaitu seorang posmen, mengulangi cubaannya sekali lagi dan riwayatnya tamat setelah terhempas di atas tembok konkrit.

Orang pertama yang diselamatk­annya adalah seorang pemuda, kira-kira 17 atau 18 tahun lepas.

“Saya mencuba beberapa kali, kemudian saya merayu agar dia menyerahka­n tangannya untuk menariknya keluar,” jelas Grbic.

Beliau sering terfikir mengenai apa yang telah berlaku kepada orang yang telah diselamatk­annya.

Namun hanya dua wanita muda daripada 29 orang yang telah diselamatk­annya berhubung dengannya.

Salah seorang daripada mereka, kini sudah menjadi ibu, memahami bahawa hidup adalah lebih berharga berbanding apa yang beliau ingin lakukan. Seorang ahli psikiatri, yang pernah datang ke restoranny­a, menjelaska­n kepadanya bahawa mereka amat menghargai beliau namun berasa malu untuk berdepan dengannya.

“Bagaimanap­un, saya benar-benar ingin mengetahui sesuatu mengenai mereka memandangk­an saya telah memberikan mereka kehidupan kedua, sama ada mereka dapat meneruskan kehidupan,” kata beliau. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia