Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI AUSTRALIA DIDAKWA UGUT, KHIANAT, CEROBOH RUMAH BEKAS ISTERI

-

MIRI: Seorang bekas tentera laut Australia dihadapkan ke Mahkamah Majistret petang semalam atas tiga tuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah, khianat serta menceroboh masuk rumah bekas isterinya.

Jarrat William Cullan, 43, dari Australia telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak membunuh Agnes Mulah, 40.

Manakala dalam tuduhan kedua, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan merosakkan tiga buah tayar kereta milik bekas isterinya itu.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara dalam tuduhan ketiga, tertuduh telah didakwa melakukan penceroboh­an jenayah dengan menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah milik Agnes Mulah.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang merupakan bekas tentera laut Australia telah didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau keduaduany­a sekali.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 5.30 petang, 16 Januari lalu di sebuah rumah di Taman Desa Senadin Fasa 3 di sini.

Ketika ditanya apakah pengakuann­ya oleh jurubahasa mahkamah dan juga Majistret Zuraini Ali Musa, tertuduh hanya menunduk kepala tanpa menjawab sepatah kata.

Majistret Zuraini kemudian menetapkan 10 Mac depan untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh yang tidak ditawarkan jaminan diperintah­kan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Dalam pada itu, tertuduh yang ditangkap sekitar jam 1 petang semalam di kawasan Tanjung Lobang tiba di mahkamah jam 4 petang dengan dikawal ketat oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri kerana bertindak agresif.

 ??  ?? DIKAWAL KETAT: Tertuduh dikawal ketat oleh anggota BSJD Miri semasa dibawa ke Mahkamah Majistret petang semalam.
DIKAWAL KETAT: Tertuduh dikawal ketat oleh anggota BSJD Miri semasa dibawa ke Mahkamah Majistret petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia