Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK ENGGAN TERUS KECEWA

Posa seru anak buah bangkit memburu kemenangan ke atas PKNS FC Sabtu ini

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pengurus skuad Sarawak, Dato Posa Majais mahu anak- anak buahnya bangkit daripada kekalahan mengejut di tangan Melaka United minggu lepas untuk memburu kemenangan ke atas PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Menurut Posa, pemain harus meningkatk­an lagi usaha dan memperbaik­i setiap kelemahan untuk mengelak Sarawak daripada terus dikecewaka­n.

“Tidak dinafikan pemain telah berusaha keras untuk memenangi perlawanan pada minggu lepas. Namun, nasib jelas tidak menyebelah­i kita dan memihak kepada lawan.

“Apapun, ia cerita lepas dan kini saya mahu pemain menumpukan fokus sepenuhnya terhadap misi menumpaska­n PKNS FC.

“Ia bukan misi mustahil jika pemain me memantapka­nkan lagi pe r m a i n a n dan tidakdak memberiri ru a n g kepada skuad l a - wan,” k a - tanya ketika d i - hubung i s e - malam.

Posa juga mahu pemain tidak terlalul l me- m mand an g rend rendah ke m a m - puan PK PKNS FC meskipun skuad berstatus kelab itu juga sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Sebaliknya, fokus perlu diberikan secara penuh terhadap memantapka­n posisi serangan dan pertahanan.

“Memang saya menjangkak­an saingan sengit bakal ditampilka­n oleh pemain tuan rumah kerana mereka juga tidak mahu keciciran mata penting.

“Namun, saya berharap pemain dapat mencuri peluang membawa pulang mata dari perlawanan tersebut untuk memperbaik­i kedudukan kita dalam liga,” katanya lagi.

Beliau juga berharap penyerang import Sarawak kembali pada prestasi kemuncak untuk membantu menghadiah­kan kemenangan kepada mereka.

Perlawanan kedua pasukan akan bermula pada jam 9 malam.

Apapun, ia cerita lepas dan kini saya mahu pemain menumpukan fokus sepenuhnya terhadap misi menumpaska­n PKNS FC. Dato Posa Majais Pengurus Sarawak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PERSEDIAAN: Pemain memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan.
PERSEDIAAN: Pemain memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia