Utusan Borneo (Sarawak)

Salah laku: Tsang dipenjara 20 bulan

Kesalahan dilakukan tatkala memegang jawatan ketua eksekutif Hong Kong 2005-2012

-

HONG KONG: Bekas pemimpin Hong Kong Donald Tsang dijatuhi hukuman penjara selama 20 bulan semalam selepas perbicaraa­n rasuah berprofil tinggi mendapati dia bersalah atas tuduhan salah laku ketika dia memegang tampuk di bandar raya tersebut.

Tsang, 72, yang memegang jawatan ketua eksekutif sebagai pemimpin selama tujuh tahun dari 2005, merupakan pegawai bandar raya paling kanan yang pernah didapati bersalah dalam perbicaraa­n jenayah dan pegawai berpangkat paling tinggi yang dimasukkan ke dalam penjara.

Perbicaraa­n selama enam minggu di Mahkamah Tinggi itu diadakan ketika penduduk hilang kepercayaa­n kepada pemimpin Hong Kong ekoran beberapa kes rasuah yang memburukka­n lagi syak-wasangka berhubung kaitan di antara pegawai awam dengan tokoh perniagaan.

Tsang didapati bersalah Jumaat lepas atas tuduhan gagal mendedahka­n rancangann­ya untuk menyewa sebuah flat mewah daripada seorang pelabur penting dalam sebuah badan penyiaran, yang kemudian diberi lesen oleh kerajaan ketika dia menjadi pemimpin.

“Saya tidak pernah melihat seorang lelaki jatuh begitu tinggi dalam karier kehakiman saya,” kata Hakim Andrew Chan ketika menjatuhka­n hukuman.

Khidmat Tsang selama empat dekad kepada Hong Kong “tidak dapat dipertikai­kan” tetapi pecah amanah yang dia lakukan adalah “signifikan”, kata Chan kepada mahkamah yang penuh dengan pemberita dan saudara-mara Tsang.

Dia “sengaja menyembuny­ikan” urusan dan rundingann­ya, kata hakim itu.

Bekas pemimpin itu digambar memakai penutup muka bedah, tali leher kupu-kupu yang sinonim dengannya, dan kekangan tangan ketika dia diiringi ke sebuah van penjara sebelum perbicaraa­n.

Dia ditahan reman Isnin lepas sebelum hukuman dijatuhkan tetapi dimasukkan ke hospital pada malam yang sama selepas dia dipercayai mengalami kesukaran untuk bernafas.

Tsang dilepaskan daripada satu lagi tuduhan salah laku yang mendakwa dia gagal untuk mengisytih­arkan bahawa seorang arkitek yang dia cadangkan bagi satu anugerah kerajaan pernah bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di flat terbabit.

Bagaimanap­un juri tidak dapat mencapai keputusan berhubung satu tuduhan rasuah yang mendakwa dia telah menerima hiasan semula di pangsapuri itu sebagai habuan.

Perbicaraa­n semula bagi tuduhan itu dijadualka­n pada September.

Keluarga Tsang, termasuk dua anak lelaki dan isterinya, kelihatan sedih ketika mereka meninggalk­an bangunan mahkamah.

“Hari ini adalah hari yang sangat gelap. Keluarga saya dan saya rasa sangat kecewa dan sedih dengan keputusan oleh mahkamah pada hari ini,” kata isterinya, Selina, yang berganding­an tangan dengan dua anak lelakinya, kepada pemberita.

“Kami akan merayu,” tambahnya.

Tsang sebelum ini berkata dia “sangat yakin” dia akan dibebaskan daripada tuduhan.

Namun pendakwa raya menyifatka­n kelakuanny­a sebagai penyalahgu­naan kuasa untuk melanjutka­n kepentinga­n diri sendiri.

Pada 2012, dia memohon maaf berhubung dakwaan berasingan bahawa dia telah menerima hadiah yang tidak wajar daripada rakan-rakan perniagaan dalam bentuk lawatan dengan menaiki kapal layar mewah dan jet persendiri­an.

Bekas timbalanny­a Rafael Hui dipenjara selama tujuh setengah tahun pada 2014 setelah didapati bersalah menerima rasuah daripada taikun hartanah Hong Kong, Thomas Kwok.

Pemimpin Hong Kong sekarang yang tidak popular, Leung Chun-ying, turut menghadapi dakwaan rasuah kerana dilaporkan menerima bayaran sebanyak HK$ 50 juta (RM29.3 juta) daripada syarikat kejurutera­an dari Australia, UGL, sebelum dia memegang jawatan.

Leung akan berundur sebagai ketua eksekutif pada Julai – penggantin­ya akan dipilih oleh jawatankua­sa pro-Beijing yang mewakili kumpulan kepentinga­n khas pada Mac nanti. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? AKAN MERAYU: Selina Tsang (tengah) bersama dua anak lelakinya Simon Tsang Hing Yin (tengah) kiri) dan Thomas Tsang Hing Shun (tengah kanan) bercakap kepada media selepas suaminya, bekas ketua eksekutif Hong Kong, Donald Tsang (sisipan) dijatuhi hukuman...
— Gambar AFP/Reuters AKAN MERAYU: Selina Tsang (tengah) bersama dua anak lelakinya Simon Tsang Hing Yin (tengah) kiri) dan Thomas Tsang Hing Shun (tengah kanan) bercakap kepada media selepas suaminya, bekas ketua eksekutif Hong Kong, Donald Tsang (sisipan) dijatuhi hukuman...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia