Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan gam, nospan perlu dikawal selia

Ia juga harus dikuatkuas­akan dengan betul supaya tidak terlalu mudah diperolehi dan disalahgun­akan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan pusat perlu menambah baik peraturan di bawah Akta Racun untuk memastikan penjualan gam dan pil nospan dikawal selia dan dikuatkuas­akan dengan betul supaya ia tidak terlalu mudah diperolehi dan disalahgun­akan.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia kerana penghiduan gam dan penyalahgu­naan pil nospan telah menjadi masalah yang membimbang­kan di Sarawak berbanding penyalahgu­naan dadah.

“Kalau dari segi penyalahgu­aan dadah, jumlah kes di Sarawak tidaklah begitu besar berbanding Semenanjun­g Malaysia tetapi masalah kita adalah penghiduan gam dan penyalahgu­naan pil nospan dalam kalangan anak-anak muda.

“Malah, ini turut mem- bimbangkan di bandar dan luar bandar di mana polis dan Agensi Antidadah Ke- bangsaan ( AADK) terikat dalam menangani masalah ini disebabkan peraturan di ba- wah Akta Racun yang tidak menyatakan penyalahgu­naan bahan-bahan tersebut sebagai haram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas menyempurn­akan majlis perasmian Seminar Kesedaran Bebas Dadah anjuran Biro Wanita Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM) Sarawak di sebuah hotel di sini, semalam.

Karim yang juga pengerusi PEMADAM Sarawak dan selaku pengerusi Biro Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan PEMADAM Kebangsaan turut menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak harus memandang ringan masalah tersebut, walaupun ia kelihatan kecil jika dibandingk­an dengan penyalahgu­naan dadah.

“Sejak dulu lagi, sering kita mendengar masalah ini diajukan oleh wakil- wakil rakyat dalam persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) tetapi bagi saya, kenapa kerajaan pusat tidak melihatnya secara mendalam.

“Ia mungkin kerana masalah d Semenanjun­g Malaysia bukan penghiduan gam tetapi lebih kepada penyalahgu­naan dadah namun bagi kita, ia adalah masalah yang sangat besar di mana jika tidak ditangani, ia boleh mendorong anak-anak kita untuk mengambil dadah pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Karim berkata PEMADAM Sarawak juga akan membawa perkara tersebut dalam Perhimpuna­n Agung PEMADAM Peringkat Nasional yang dijadual diadakan di negeri ini pada hujung tahun ini, untuk menjadikan ia sebagai salah satu resolusi.

Kalau dari segi penyalahgu­aan dadah, jumlah kes di Sarawak tidaklah begitu besar berbanding Semenanjun­g Malaysia tetapi masalah kita adalah penghiduan gam dan penyalahgu­naan pil nospan dalam kalangan anak-anak muda. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Muda Belia dan Sukan

 ??  ??
 ??  ?? BAHAYA DADAH: Karim (tengah) diiringi Pengerusi Biro Wanita PEMADAM Sarawak Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali melihat pameran dadah sempena Seminar Kesedaran Bebas Dadah di Kuching, semalam.
BAHAYA DADAH: Karim (tengah) diiringi Pengerusi Biro Wanita PEMADAM Sarawak Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali melihat pameran dadah sempena Seminar Kesedaran Bebas Dadah di Kuching, semalam.
 ??  ?? RASMI: Karim (tiga kiri) dan Hasidah (dua kanan) melakukan simbolik perasmian Seminar Kesedaran Bebas Dadah anjuran Biro Wanita PEMADAM Sarawak di sebuah hotel di Kuching, semalam.
RASMI: Karim (tiga kiri) dan Hasidah (dua kanan) melakukan simbolik perasmian Seminar Kesedaran Bebas Dadah anjuran Biro Wanita PEMADAM Sarawak di sebuah hotel di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia