Utusan Borneo (Sarawak)

Dua ditahan, polis buru sakibaki suspek serangan samurai

-

MIRI: Seorang lelaki warga asing diberkas polis petang kelmarin kerana disyaki terlibat dalam kes tetak seorang tukang tarik kereta berlaku terminal bas Pujut Corner malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata suspek berusia 38 tahun merupakan warga negara Brunei diberkas sekitar jam 5.30 petang kelmarin di kawasan Kampung Lereng Bukit di sini.

“Setakat ini, seramai dua orang suspek ditangkap berhubung kes tetak itu. Justeru, kita akan memburu saki baki suspek membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan berhubung kes tersebut yang kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Dalam pada itu menurut Khoo, motif serangan masih belum diketahui dan polis menyiasat daripada segenap aspek bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Dalam kejadian berlaku sekitar jam 8.15 malam itu katanya, mangsa bersama lima rakan sedang berada di kawasan terminal bas Pujut Corner apabila tiba- tiba diserang sekumpulan lelaki bersenjata­kan samurai dan kayu.

“Akibat serangan itu, mangsa berusia 34 tahun dan bekerja sebagai tukang tarik kereta cedera parah di bahagian badan akibat ditetak dengan samurai.

“Hasil siasatan awal polis mendapati kumpulan penyerang terdiri daripada lebih kurang 10 lelaki bersenjata­kan samurai dan kayu,” katanya.

Menuut Khoo, pengadu dan empat rakan lain sempat melarikan diri manakala mangsa telah diserang hingga menyebabka­nnya mengalami kecederaan parah di badan, belakang kepala serta patah tangan sebelah kiri akibat terkena senjata tajam.

Mangsa cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatka­n rawatan segera.

Bertindak atas maklumat diterima, polis berjaya menangkap suspek pertama yang disyaki terlibat dalam kes ini beberapa jam selepas kejadian.

 ??  ?? DIBERKAS: Suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri sebaik tangkapan petang kelmarin.
DIBERKAS: Suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri sebaik tangkapan petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia