Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada siaran langsung, tindakan TMJ suara masalah Sarawak dihargai

-

KUCHING: Isu tiada siaran langsung bagi pasukan Sarawak FA mengundang pelbagai reaksi masyarakat bukan sahaja penyokong bola sepak tempatan, malah netizen di media sosial.

Namun tidak dinafikan ia bukanlah isu baharu bagi malah sentiasa berulang setiap kali musim Liga Malaysia bermula.

Terkini, Tunku Mahkota Johor ( TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengadakan perjumpaan dengan Football Malaysia Limited Liability Partnershi­p ( FMLLP) bagi membincang­kan isu tiada penyiaran perlawanan bola sepak pasukan Sarawak meskipun telah melalui beberapa perlawanan.

Bagi pihak Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS) pula, Presidenny­a Datuk Posa Majais menghargai tindakan yang diambil TMJ dalam menyuaraka­n masalah yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS).

“Saya akui perkara ini amat menyedihka­n kerana tiada langsung penyiaran perlawanan bola sepak pasukan Sarawak.

“Kita (FAS) dukacita dengan layanan Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM), seperti dianaktiri­kan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, Posa berkata ia bukan soal permintaan untuk disiarkan tetapi soal keadilan layanan terhadap semua persatuan bola sepak.

FAM, katanya, perlu peka dengan isu ini dan harus memainkan peranannya dalam menangani masalah tersebut.

“Sarawak sering dilayan sedemikian, padahal kita ( FAS) juga merupakan ahli gabungan FAM dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

“Namun, adakah ini layanan yang kita terima? Kita juga berhak untuk bersuara,” kata Posa.

Beliau turut berharap pemilihan pengurusan baharu badan induk bola sepak negara dalam Kongres FAM Ke- 53 pada Mac ini dapat membawa sinar dan pembaharua­n dalam arena bola sepak tanah air.

 ??  ?? TUNKU ISMAIL
TUNKU ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia