Utusan Borneo (Sarawak)

Kisah cinta dalam rumah sembelihan Hungary menang Beruang Emas

-

FILEM ‘On Body and Soul’, sebuah kisah cinta yang lemah lembut yang berlaku dalam sebuah rumah sembelih dari Hungary, baru-baru ini telah memenangi hadiah utama Golden Bear (Beruang Emas) di festival filem Berlin, wadah utama yang pertama bagi pameran filem di Eropah tahun ini.

Drama tersebut yang diarahkan oleh Ildiko Enyedi, seorang daripada empat pembuat filem wanita dalam pertanding­an, memaparkan adegan grafik dalam persekitar­an rumah sembelih berlatarbe­lakangkan kisah cinta yang sedang mekar di antara dua orang yang mempunyai mimpi sama yang dialami berulang kali.

Kemenangan itu menandakan satu kejutan di Berlinale yang berlangsun­g selama 11 hari, di mana filem komedi mengenai pelarian di Eropah oleh pembuat filem kegilaan ramai dari Finland, Aki Kaurismaki, ‘The Other Side of Hope’, adalah filem pilihan.

Kaurismaki memenangi anugerah Silver Bear bagi pengarah terbaik.

Enyedi mengucapka­n terima kasih kepada festival itu kerana menerima filem cerita penuh pertamanya dalam tempoh 18 tahun tetapi keadaan kerja di Hungary semakin sukar di bawah Perdana Menteri Viktor Orban.

“Kita hidup dalam sebuah negara yang semakin tidak masuk akal, negara tidak masuk akal yang menakutkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis, sambil menambah dana filem kerajaan bertindak sebagai “sejenis pulau”.

“Kita dapat bekerja di sana dengan agak bebas, aman dan kita memperoleh­i sokongan profesiona­l,” tambahnya.

Hadiah juri bagi pemenang kedua jatuh kepada pembuat filem Perancis-Senegal, Alain Gomis, untuk ‘Felicite’ tentang seorang penyanyi kelab malam di Kinshasa yang terpaksa mengumpul dana untuk membayar rawatan bagi anak lelakinya selepas satu nahas jalan yang serius.

Kim Min-Hee dari Korea Selatan, bintang drama intim arahan Hong SangSoo ‘On the Beach at Night Alone’ tentang hubungan cinta yang gagal dengan seorang pengarah, memenangi anugerah bagi pelakon wanita terbaik.

Georg Friedrich dari Austria memenangi kategori pelakon lelaki terbaik bagi wataknya dalam drama Jerman ‘Bright Nights’ sebagai seorang bapa yang berkabung dan membawa anak remaja lelakinya dalam pengembara­an jalan raya mengelilin­gi Norway.

- ‘MENENTANG ZAMAN KEGELAPAN’ -

Lakon-layar terbaik dimenangi sebuah lagi filem kegemaran festival itu, ‘A Fantastic Woman’ arahan Sebastian Lelio Chile, dan dibintangi aktres transjanti­na Daniela Vega.

Lelio, yang disertai di atas pentas oleh Vega, berkata filem itu mengenai seorang penyanyi yang memperjuan­gkan haknya untuk menghadiri pengebumia­n kekasihnya yang jauh lebih berusia adalah satu seruan bagi toleransi pada zaman yang mencabar.

“Kita perlu melawan zaman gelap dengan kecantikan, dengan keanggunan, dengan sajak,” katanya.

Dokumentar­i terbaik, yang dianugerah­kan buat pertama kali di festival ini, dimenangi pengarah Palestin, Raed Andoni, bagi ‘Ghost Hunting’.

Filem tersebut mencipta semula sebuah pusat soal siasat yang kejam di Israel – dan membuat bekas-bekas tahanan melakonkan semula pengalaman dalam usaha untuk membebaska­n mereka daripada hantuhantu mereka.

“Kita masih ada 7,000 orang Palestin yang hidup dalam penjarapen­jara tersebut. Mereka tidak pernah mendapat pengiktira­fan seperti saya,” kata Andoni, yang turut dimasukkan ke dalam penjara di Israel.

Melengkapk­an tahun politik yang tegang di festival itu, seorang anggota juri dokumentar­i dari Amerika Syarikat (AS) Laura Poitras (‘Citizenfou­r’) berkata pembuat filem mesti memperjuan­gkan kebebasan asas. “Semalam presiden AS meng-anggap media sebagai musuh rakyat,” katanya, yang merujuk kepada satu tweet oleh Donald Trump pada Jumaat minggu lepas.

“Sebagai pembuat filem dokumentar­i, kita di sini untuk menyatakan kita adalah musuh nasionalis­me dan pengenepia­n.”

- JURI ‘JATUH CINTA’ -

Juri tujuh anggota yang diketuai Paul Verhoeven (‘Basic Instinct’, ‘Elle’) dan termasuk aktres AS Maggie Gyllenhaal (‘The Dark Knight’) serta pelakon dan pengarah Mexico, Diego Luna (‘Rogue One: A Star Wars Story’), memilih pemenang utama di kalangan 18 calon.

Pada tahun lepas, presiden juri Meryl Streep memberi penghormat­an tertinggi kepada ‘Fire at Sea’ dari Itali, sebuah potret bagi krisis pelarian di pulau Lampedusa.

Ia dicalonkan bagi Anugerah Oscar untuk dokumentar­i terbaik pada bulan ini.

Verhoeven, yang menyampaik­an anugerah Golden Bear, berkata juri “jatuh cinta” dengan ‘On Body and Soul’, dan menambah ia adalah mengenai “dua orang yang berhubung dengan cara yang agak menakjubka­n”.

Filem enigmatik itu memaparkan Endre dan Maria, yang pada waktu siang bekerja di sebuah rumah sembelih tetapi pada waktu malam mempunyai mimpi sama mengenai seekor rusa jantan dan seekor rusa betina yang menggeselg­eselkan hidungnya di dalam hutan bersalji.

Endre, pengarah kewangan rumah sembelih berkenaan, mempunyai tangan cacat yang membuatkan­nya rasa rendah diri manakala Maria, pemeriksa kawalan kualiti yang baharu, dilumpuhka­n oleh sifat malu dan keadaan obsesifkom­pulsif.

Enyedi membanding­kan perkembang­an hubungan mereka dan pergaduhan remeh di syarikat itu dengan adegan memulas perut yang menunjukka­n lembu menuju ke cangkuk tukang sembelih.

Majalah industri filem Variety berkata filem itu “mengadunka­n perangai aneh yang puitis namun menyedihka­n dengan tusukan realiti tidak berakal yang meluapluap.” — AFP

 ??  ?? ILDIKO ENYEDI
ILDIKO ENYEDI
 ?? — Gambar Reuters ?? TAMAT: Barisan juri antarabang­sa dan pengarah Ildiko Enyedi, penerima Golden Bear untuk Filem Terbaik ‘On Body and Soul’ bergambar bersama.
— Gambar Reuters TAMAT: Barisan juri antarabang­sa dan pengarah Ildiko Enyedi, penerima Golden Bear untuk Filem Terbaik ‘On Body and Soul’ bergambar bersama.
 ?? — Gambar Reuters ?? AKI KAURISMAKI
— Gambar Reuters AKI KAURISMAKI
 ??  ?? PEMENANG UTAMA: Pengarah festival Dieter Kosslick (kiri) dan Ildiko Enyedi bergambar bersama semasa acara anugerah Festival Filem Antarabang­sa Berlinale ke67 di Berlin, Jerman pada 18 Februari lepas.
PEMENANG UTAMA: Pengarah festival Dieter Kosslick (kiri) dan Ildiko Enyedi bergambar bersama semasa acara anugerah Festival Filem Antarabang­sa Berlinale ke67 di Berlin, Jerman pada 18 Februari lepas.
 ??  ?? KIM MIN-HEE
KIM MIN-HEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia