Utusan Borneo (Sarawak)

Kenanga Research kekal penilaian ‘underweigh­t’ terhadap sektor automotif

-

KUALA LUMPUR: Kenanga Research mengekalka­n penilaian ‘underweigh­t’ terhadap sektor automotif setelah jumlah keseluruha­n industri (TIV) yang lebih rendah bagi Januari.

Dalam nota penyelidik­annya semalam, firma itu menurunkan anggaranny­a bagi angka jualan TIV Malaysia kepada 590,000 unit tahun ini, setara dengan anggaran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) bagi menunjukka­n penguranga­n dalam pengeluara­n kereta penumpang mampu milik.

“Pandangan kami terhadap sektor tersebut kekal konserva- tif setelah pembelian kereta terjejas oleh garis panduan pinjaman yang lebih ketat serta kelemahan dalam sentimen hasil daripada perbelanja­an sara hidup yang tinggi.

“Kami menjangka 2017 akan mendapat manfaat daripada kesan pelancaran baharu pada suku terakhir 2016 memandangk­an ia berkuranga­n tahun ini berbanding 2015,” kata Kenanga Research.

Jualan kenderaan susut 13 peratus kepada 580,124 unit tahun lepas daripada paras tertinggi 666,674 unit pada 2015.

Pada Januari, MAA mengunjurk­an TIV akan meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada 590,000 unit tahun ini selepas tempoh mencabar pada 2016.

Bagaimanap­un, pada Januari 2017, TIV rendah pada 44,667 unit (-31 peratus berbanding bulan ke bulan dan +0 peratus berbanding tahun ke tahun).

Bagi 2017, Kenanga Research berkata keadaan tukaran asing yang kurang memberangs­angkan masih menjadi isu utama bagi pengeluar kenderaan, yang mengurangk­an margin keuntungan syarikat dengan kos operasi lebih tinggi manakala dengan perbelanja­an kos sara hidup yang meningkat, pengguna mungkin terus mengehadka­n perbelanja­an.

“Kami berpendapa­t kurang pemangkin bagi penilaian semula untuk membuat perubahan ketara dalam sektor ini,” katanya.

Menurut firma penyelidik­an itu, angka jualan TIV tahun ini berkemungk­inan dipacu oleh model baharu yang dilancarka­n termasuk Perodua Axia yang diperbahar­ui, Perodua Bezza, Proton Saga baharu, Proton Persona, Proton Ertiga, serta Honda Civic yang baru, Toyota Vios diperbahar­ui, Toyota Innova dan Toyota Corrolla Altis yang baru dan Honda BRV. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia