Utusan Borneo (Sarawak)

JUDI TERUS DIGEMPUR

39 individu diberkas dalam beberapa siri serbuan di seluruh negeri banteras judi haram, siber.

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Seramai 39 individu ditangkap dalam beberapa siri serbuan untuk membantera­s kegiatan judi haram khususnya penjualan loteri awam (4D) haram dan judi siber di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, individuin­dividu yang ditangkap oleh pasukan dari ibu pejabat serta peringkat daerah dalam 25 serbuan dari 20 hingga 26 Mac lalu, berumur dalam lingkungan 17 hingga 40 tahun.

Menurut beliau, JSJ Sarawak menjalanka­n 14 serbuan termasuk di Kuching, Padawan, Kota Samarahan dan Lawas, manakala JSJ Padawan membuat tiga serbuan, JSJ dari daerah-daerah Kuching, Miri, Bintulu, Sarikei, Serian, Marudi, Lubok Antu dan Limbang masing-masing melancarka­n satu serbuan.

“Sebanyak 20 serbuan 4D haram membawa kepada penangkapa­n 29 individu dan rampasan wang tunai berjumlah RM10,714,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam serbuan yang kebanyakan­nya dibuat di Kuching dan Padawan, katanya, polis merampas pelbagai barangan termasuk telefon bimbit, mesin cetak mudah alih, kalkulator dan alat tulis.

“Selain 4D haram, serbuan judi siber turut dilakukan di Lawas, Limbang, Serian dan Marudi yang membawa kepada penangkapa­n 10 individu,” jelasnya.

Dev berkata, polis turut merampas 40 kompuer, tablet, mesin video yang digunakan untuk berjudi, serta wang tunai berjumlah RM3,440.

Menurutnya, serbuan di Lawas dijalankan oleh pasukan JSJ Sarawak yang bertindak atas aduan berhubung premisprem­is yang menjalanka­n judi siber di daerah berkenaan.

Dalam dua serbuan yang dijalankan, katanya, polis menangkap enam individu dan merampas 13 mesin.

Secara keseluruha­n, 11 serbuan diadakan di tempat awam dengan kebanyakan­nya di kaki lima, lapan serbuan di rumah kedai, tiga serbuan di kedai runcit dan tiga lagi di kedai kopi.

Kesemua ditangkap yang merangkumi 39 lelaki dan 22 wanita akan disiasat atas kesalahan di bawah Akta Judi Rumah Terbuka 1953.

 ??  ?? TAK SERIK!: Judi siber terus beroperasi meskipun serbuan demi serbuan dijalankan polis. DICEKUP: Pengendali 4D haram turut beroperasi di kedai-kedai runcit. 4D HARAM: Taktik berselindu­ng di sebalik perniagaan telefon bimbit serta kad prabayar gagal...
TAK SERIK!: Judi siber terus beroperasi meskipun serbuan demi serbuan dijalankan polis. DICEKUP: Pengendali 4D haram turut beroperasi di kedai-kedai runcit. 4D HARAM: Taktik berselindu­ng di sebalik perniagaan telefon bimbit serta kad prabayar gagal...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia