Utusan Borneo (Sarawak)

BAHANA TERLAJAK KE LALUAN BERTENTANG­AN

-

BINTULU: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Bintulu selepas motosikaln­ya bertembung sebuah kereta dalam kemalangan jalan raya di Jalan Nyabau di sini sekitar jam 7.30 pagi semalam.

Semasa kejadian, penunggang motosikal dikenali sebagai Empati Sayang, 34, berasal dari Rumah Saging, Sungai Semanok, Tatau itu dikatakan menghala ke arah Kidurong sebelum hilang kawalan lalu melepasi pembahagi jalan dan terlajak ke laluan bertentang­an.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Daerah Bintulu, Superinten­den Zailanni Amit apabila ditanya berhubung insiden berkenaan.

“Selepas masuk ke laluan bertentang­an, mangsa dirempuh kereta yang gagal diberhenti­kan oleh pemandunya, seorang wanita,” jelas beliau.

Jelasnya, impak pelanggara­n itu menyebabka­n mangsa terpelanti­ng ke dalam parit besar tepi jalan, manakala kereta juga terperosok ke dalam parit.

Hasil siasatan awal, jelas Zailanni, kemungkina­n kemalangan berpunca daripada penunggang yang gagal mengawal motosikaln­ya lalu terbabas melepasi pembahagi jalan hingga memasuki laluan bertentang­an.

Kes tersebut, ujarnya, disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Mangsa kemudianny­a dibawa ke Hospital Bintulu bagi pemeriksaa­n lanjut dan disahkan meninggal semasa sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

 ??  ?? TERPELANTI­NG: Unit Ambulans Bintulu dan pegawai perubatan dari Hospital Bintulu berusaha menyelamat­kan mangsa.
TERPELANTI­NG: Unit Ambulans Bintulu dan pegawai perubatan dari Hospital Bintulu berusaha menyelamat­kan mangsa.
 ??  ?? REMUK: Keadaan motosikal mangsa tersadai di tepi jalan sejurus kemalangan.
REMUK: Keadaan motosikal mangsa tersadai di tepi jalan sejurus kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia