Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah kayu lama ranap terbakar

Bomba alami kesukaran ekoran jalan sempit menuju lokasi kebakaran

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Sebuah rumah kayu lama di Sungai Baron dekat sini musnah 100 peratus dalam kebakaran pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.15 pagi.

“Berdasarka­n maklumat daripada pemilik rumah terbabit, rumah kayu tersebut merupakan rumah lama milik beliau yang dijadikan sebagai stor.

“Pada masa sama, rumah tersebut turut menjadi tempat tinggal bagi seorang anak lelakinya.

“Anak lelaki mangsa yang berusia 30-an ketika kejadian tidak berada di rumah terbabit,” kata Suna kepada media, semalam.

Kebakaran disedari oleh jiran yang terlihat kepulan asap dari rumah kayu terbabit sebelum memaklumka­n kepada pemilik.

Mangsa berusaha memadam dan menyelamat­kan barangan, namun tidak sempat berbuat demikian kerana api merebak dengan pantas.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian, namun jalan sempit dan tidak dapat dilalui jentera pemadam menyukarka­n pihaknya.

Menurut Suna, dalam usaha pergi ke lokasi kebakaran pihak bomba telah menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda untuk membawa kelengkapa­n memadam kebakaran.

“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa masih dalam siasatan.

“Tiada sebarang kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian terbabit,” jelas Suna.

Kebakaran turut memusnahka­n beberapa tanaman milik mangsa yang terletak berhampira­n seperti pokok durian dan lada.

Seramai 14 anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Haron Jenai dan PBKII, Abang Johari terlibat dalam operasi tersebut.

Berdasarka­n maklumat daripada pemilik rumah terbabit, rumah kayu tersebut merupakan rumah lama milik beliau yang dijadikan sebagai stor. Suna Kaha Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei

 ??  ?? MUSNAH: Kebakaran rumah kayu di Sungai Baron, dekat Sarikei semalam.
MUSNAH: Kebakaran rumah kayu di Sungai Baron, dekat Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia