Utusan Borneo (Sarawak)

Dua individu didenda selepas mengaku miliki tiket loteri haram

-

MIRI: Dua individu dalam dua kes berasingan masingmasi­ng didenda RM4,000 dan RM3,800 oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki tiket- tiket loteri haram.

Hii Yin Han, 23, dari Jalan Cahaya, Lopeng dan KiewLee Cheng masing-masing telah didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n kes pertama, Hii telah didakwa memiliki tiga keratan kertas putih tercatat nombor ekor haram berangka 10,000 digit loteri sebagai loteri awam haram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.30 petang, 26 Februari tahun ini di sebuah premis di Blok 9 MCLD Jalan South Yu Seng di sini.

Manakala dalam kes kedua, Kiew didapati telah melakukan kesalahan serupa dengan memiliki tiga keping kertas yang berangka 10,000 sebagai loteri haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 4.35 petang, 8 Januari lalu di sebuah premis di Jalan Melayu, Pusat Komersil Centre Point di sini.

Bagi kesalahan itu, Hii didenda RM4,000 atau empat bulan penjara dan Kiew didenda RM3,800 atau empat bulan penjara.

Kedua-dua tertuduh membayar denda tersebut.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia