Utusan Borneo (Sarawak)

SABATI menyumbang RM50,000 kepada Tabung Pembinaan Semula SMK St Teresa

-

KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri- Isteri ( SABATI) menyumbang sebanyak RM50,000 kepada Tabung Pembinaan Semula Sekolah SMK St Teresa yang musnah akibat kebakaran pada Oktober tahun lepas.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh presidenny­a yang juga isteri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang kepada Pengetua SMK St Teresa Mary John sempena lawatannya ke sekolah berkenaan, semalam.

Menurut Mary, pihaknya masih memerlukan lebih RM6 juta untuk menampung kos projek sebanyak RM8.2 juta.

“Setakat ini, kami cuma menerima sumbangan kirakira RM2 juta, dengan RM1.5 juta disumbangk­an oleh kerajaan negeri iaitu RM1 juta daripada bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan RM500,000 daripada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg baru-baru ini,” katanya.

Mary menambah pelaksanaa­n projek pembinaan semula bangunan sekolah itu dibahagika­n kepada dua fasa iaitu blok pentadbira­n dan kelas yang dianggarka­n menelan kos sebanyak RM3.55 juta serta sebuah blok satu tingkat dengan dewan serbaguna di atasnya yang bernilai RM4.67 juta.

Katanya pembinaan fasa pertama dijangka bermula pada Mei nanti dan dijangka siap pada Disember tahun ini, manakala fasa kedua dijangka bermula pada Ogos tahun ini dan dijangka siap pada Disember 2018 atau selewatlew­atnya pada awal 2019.

Dalam kejadian kebakaran pada 29 Oktober tahun lepas, sebahagian blok di sekolah berkenaan telah musnah yang terdiri daripada dewan perhimpuna­n, bilik guru, perpustaka­an, bilik jahitan, bengkel kemahiran hidup, bilik muzik, bilik kaunseling, surau dan tandas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia