Utusan Borneo (Sarawak)

Nogeh janji salur dana RM20,000 sokong inisiatif dilaksana JADC

-

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek berjanji untuk menyalurka­n dana sebanyak RM20,000 bagi menyokong inisiatif yang dilaksanak­an oleh Jawatankua­sa Pembanguna­n Kawasan Jagoi (JADC).

Dana itu diumumkan Nogeh pada majlis makan malam ‘Ngarom Bituman Bisamah JADC’ yang diadakan di Dewan Suarah Bau di sini, Sabtu lalu.

Pada majlis makan malam itu, lebih 500 penduduk kampung di kawasan Jagoi yang hadir turut memberi sokongan padu terhadap usaha dan aktiviti yang dilakukan oleh JADC.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebu- dayaan Sarawak dan Presiden Persatuan Dayak Bidayuh Datu Ik Pahon Joyik, Penghulu Jagoi Jihen Mina dan wakilwakil dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pusat Biodiversi­ti Sarawak (SBC) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

Menurut Pengerusi JADC Professor Dr Gabriel Tonga Noweg, jawatankua­sa itu ditubuhkan bagi membawa masyarakat Jagoi membincang­kan isu berkaitan keselamata­n, pembanguna­n, pendidikan, kesihatan, usahawan termasuk kesenian dan kebudayaan.

Malah, beliau turut mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Pahon yang merupakan bekas Pengerusi JADC di atas komitmen beliau dalam membangunk­an jawatankua­sa tersebut.

Dana yang disalurkan ke- pada jawatankua­sa itu dapat digunakan bagi tujuan penyelidik­an saintifik di Tapak Warisan Jagoi (Gunung Jagoi) yang dijalankan oleh saintis dari Institut Biodiversi­ti dan Pemulihan Alam Sekitar (IBEC), UNIMAS yang diketuai Professor Madya Dr Alexendar Kiew Sayok.

“Pada tahun lepas, kita telah menjalinka­n kerjasama bersama UNIMAS bagi melaksanak­an program yang ditaja oleh Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah program ‘My Kampung My Future.’

“Saya berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mengekalka­n Tapak Warisan Jagoi kerana ia boleh dibangunka­n sebagai kawasan ekopelanco­ngan,” kata Dr Gabriel. SIBU: Dua penghulu kaum Iban baharu dilantik menerima sijil pelantikan masingmasi­ng semalam dalam satu majlis ringkas diadakan di pejabat residen di sini.

Sijil pelantikan tersebut dis- erah Residen Sibu Hii Chang Kee kepada Sang Belabut dan Kunsu Belayong.

Sang Belabut merupakan bekas guru dilantik sebagai penghulu kawasan Bawang Assan manakala bekas kaki- tangan di Jabatan Perhutanan Kunsu Belayong bertindak sebagai penghulu kawasan Sungai Menyang dan Salim.

Majlis penyerahan sijil pelantikan itu disaksikan Menteri Kewangan II Dato Sri Wong Soon Koh dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King.

Turut hadir ialah beberapa pemimpin dan ketua kaum masyarakat Iban di sini.

 ??  ?? CUBA BAKAT: Nogeh ditemani Pahon dan tetamu kehormat lain mendendang­kan lagu istimewa untuk penduduk Jagoi.
CUBA BAKAT: Nogeh ditemani Pahon dan tetamu kehormat lain mendendang­kan lagu istimewa untuk penduduk Jagoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia