Utusan Borneo (Sarawak)

Dipenjara tujuh tahun kerana lindungi rakan ditangkap polis

-

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki melindungi dua rakannya daripada ditangkap polis berhubung kegiatan kumpulan pengganas Daesh membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap peniaga pasar malam Mohd Sanusi Satar, 31, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, selepas dia menukar pengakuan bersalahny­a semalam dan mahkamah memerintah­kannya menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 8 Ogos 2016.

Azman dalam penghakima­nnya berkata kesalahan Mohd Sanusi melindungi individu yang terlibat dengan aktiviti keganasan adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mahkamah.

“Tertuduh sepatutnya sedar aktiviti keganasan tidak boleh dilindungi dan walaupun tertuduh memainkan peranan kecil dengan melindungi penjenayah yang terlibat, ia menggambar­kan kesalahan yang dilakukann­ya begitu serius.

“Tindakan tertuduh melindungi pesalah jenayah itu adalah sama seperti dia terlibat dengan kesalahan berkenaan,” kata hakim itu.

Mohd Sanusi didakwa melindungi atau mengelak dalam penangkapa­n Jasanizam Rosni, 33, dan Md Saifuddin Muji, 28, yang diketahuin­ya bahawa kedua- dua lelaki itu telah melakukan atau berkemungk­inan akan melakukan perbuatan pengganas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pondok di RPT Sg. Pas, Kuala Krai, Kelantan pada 1 Julai hingga 8 Ogos 2016, mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan.

Berdasarka­n fakta kes, pada 1 Julai 2016, Jasanizam atau dikenali sebagai ‘Zam’ memaklumka­n kepada tertuduh bahawa dia sedang mencari tempat tinggal kerana perlu bersembuny­i daripada pihak polis dan bertanyaka­n kepada tertuduh sama ada rumah ibu mentuanya berpenghun­i atau tidak.

‘Zam’ juga memberitah­u tertuduh bahawa dia bersembuny­i disebabkan “kes di Puchong” dan tertuduh juga mempunyai pengetahua­n kes di Puchong yang dimaksudka­n Zam adalah berkaitan dengan letupan bom.

Tertuduh turut dimaklumka­n bahawa Md Saifuddin yang dikenali sebagai ‘Panjang’ juga perlu bersembuny­i disebabkan kes sama dan tertuduh kemudian mencadangk­an kedua-dua rakannya itu bersembuny­i di rumah ibu bapa tertuduh di Kuala Krai, Kelantan.

Tertuduh yang rasa bersalah kerana menyembuny­ikan mereka di rumah ibu bapanya selepas seorang wanita menghantar ‘screenshot’ berkaitan kedua-dua lelaki itu yang dikehendak­i pihak polis kerana terlibat dengan kes letupan di Kelab Malam Movida, telah mengarahka­n seorang lelaki dikenali sebagai ‘Tarmizie’ membawa rakannya ke dusun buah milik bapa tertuduh untuk berlindung sehinggala­h mereka ditangkap polis pada 9 Ogos 2016.

‘Tarmizie’ turut mengesahka­n bahawa tertuduh telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun ibunya untuk membeli keperluan makanan bagi Zam dan Panjang.

Jasanizam mengaku tidak bersalah di mahkamah sama pada 27 Jan lepas atas dakwaan melibatkan diri dalam persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas iaitu bagi melakukan serangan ke atas tokong dan kelab-kelab malam di Johor Bahru.

Manakala Md Saifuddin dipenjara 14 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Batu Pahat kerana memiliki sebutir bom tangan yang menyalahi undangunda­ng.

Terdahulu peguam Salehuddin Salleh yang mewakili Mohd Sanusi memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya yang bekerja sebagai penjual DVD cetak rompak tidak sedar perbuatan yang dilakukann­ya kerana terpengaru­h dengan Jasanizam yang dikenaliny­a lebih 10 tahun.

“Jasanizam bukan sahaja rakan karib anak guam saya tetapi juga merupakan rakan kongsi dalam perniagaan mereka,” kata peguam itu yang turut memaklumka­n bahawa anak guamnya tidak mempunyai rekod lampau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia