Utusan Borneo (Sarawak)

Jantung menantu TPM masih berdenyut dari pusat pergigian ke PPUM: Paramedik

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu jantung menantu timbalan perdana menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia susulan menerima rawatan gigi, masih berdenyut ketika berada di Pusat Pakar Pergigian Imperial sehingga dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ahli Paramedik First Ambulance Malaysia, Zuraida Zulkalnain, 27, berkata beliau membuat pemeriksaa­n jantung terhadap mangsa dan mendapati ada denyutan.

“Untuk periksa denyutan jantung (mangsa), saya gunakan ‘cardiac monitor’. Bila compress, ada link ke badan. Denyutan jantung dia memang ada, sampai ke hospital,” katanya pada perbicaraa­n kes seorang doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) Dr Ting Teck Chin, yang didakwa menyebabka­n kematian Syed Alman Zain, menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zuraida yang merupakan saksi kelapan pihak pendakwaan, berkata demikian ketika pemeriksaa­n balas peguam Dev Kumaraendr­an yang mewakili Dr Ting.

Jelasnya beliau membuat pemeriksaa­n denyutan jantung itu di dalam ambulans, ketika dalam perjalanan dari pusat pergigian itu ke PPUM.

Terdahulu ketika pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Izwan Ariff Ibrahim, Zuraida berkata, pada 1 Jun, iaitu hari kejadian, beliau menerima satu panggilan telefon memaklumka­n terdapat seorang pesakit tidak sedarkan diri di sebuah pusat pergigian dan beliau ber- sama dua lagi rakan setugas bergegas ke pusat itu untuk mengambil mangsa dan membawanya ke PPUM.

Setibanya di pusat pergigian, saksi itu menjelaska­n keadaan agak kelam kabut dan beliau melihat tertuduh dan beberapa jururawat cuba membantu mangsa yang dalam keadaan pucat dan tidak sedarkan diri sedang berbaring di kerusi pesakit.

Beliau berkata ketika itu tertuduh dilihat sedang melakukan kardiopulm­onari penafasan ( CPR) kepada mangsa.

“Saya ambil bacaan tekanan darah (mangsa). Ada bacaan tetapi rendah. Bacaan rendah ini bermakna tidak normal, tidak stabil,” katanya yang memberitah­u beliau turut memberi mangsa topeng oksigen sebelum dibawa menaiki ambulans.

Zuraida turut memberi- tahu terdapat dua lelaki iaitu tertuduh dan seorang lelaki Melayu dikenali sebagai Datuk Faizal meminta izin untuk masuk dan menemani tertuduh di dalam ambulans.

Kepada soalan Izwan Ariff bagaimana keadaan di dalam ambulans, Zuraida berkata Datuk Faizal ada membuat satu panggilan video dengan seorang perempuan Melayu dan perempuan itu menangis dan menjerit menyuruh pesakit itu bangun.

Terdahulu saksi itu bersetuju dengan peguam Dev Kumaraendr­an bahawa tertuduh sepanjang masa - ketika berada di dalam bilik rawatan di pusat pergigian, ketika membawa turun mangsa ke ambulans melalui lif dan dalam perjalanan ke PPUM, cuba membuat CPR dan membantu menyelamat­kan mangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia