Utusan Borneo (Sarawak)

KM terima tiga kunjungan hormat di Wisma Bapa

-

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menerima tiga kunjungan hormat di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Kunjungan hormat pertama daripada delegasi Parlimen Belia Malaysia Sarawak diketuai Kaunselor Johann Harris Sulaiman.

Dalam pertemuan itu Johann memperkena­lkan Parlimen Belia Malaysia Sarawak baharu kepada Ketua Menteri Sarawak.

Seterusnya Ketua Menteri Sarawak menerima kunjungan hormat delegasi Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia diketuai Panglima Satu Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Turut sama Panglima 9 Bridged Bridged Jeneral Datuk Subari Tomo, Bridged Jeneral Dzulkafli Mustaffa, Panglima 31 Bridged Sempadan Bridged Jeneral Datuk Fadeil Tajuddin dan Panglima 3 Bridged, Bridged Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin.

Dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, Ketua Menteri dan Datuk Stephen Mundaw berbincang berkenaan keselamata­n sempadan dan kerjasama dalam pembanguna­n negeri ini.

Turut diperkenal bakal Panglima 9 Bridged, Dzulkafli yang akan ambil alih pemerintah­an 9 Bridged pada 28 Mac ini.

Manakala, Subari pula akan bertukar dan mengambila­lih Ketua Staf Am pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat.

Kunjungan ketiga Abang Johari menerima kunjungan hormat delegasi Catholic Bishops yang diketuai oleh Archbishop Simon Poh.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Archbishop Emeritus John Ha, Bishop Joseph Hii, Bishop Richard Ng, dan Datin Annie Fong.

Pertemuan tersebut untuk memperkena­l Archbishop Kuching baharu iaitu Archbishop Simon Poh yang telah dilantik pada 20 Mac barubaru ini.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Awang Tengah (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a berupa buku Sarawak kepada Yau (dua kiri). Turut kelihatan Syaiful (kiri) dan Akmal.
TERIMA KASIH: Awang Tengah (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a berupa buku Sarawak kepada Yau (dua kiri). Turut kelihatan Syaiful (kiri) dan Akmal.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari menerima kunjungan daripada rombongan Parlimen Belia Malaysia Sarawak.
UNTUK ALBUM: Abang Johari menerima kunjungan daripada rombongan Parlimen Belia Malaysia Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia