Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam dinasihat utamakan kesihatan

-

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menasihatk­an semua penjawat awam agar memberi keutamaan kepada kesihatan diri agar dapat meningkatk­an produktivi­ti negara.

Katanya mereka perlu menjaga kesihatan diri dengan mengamalka­n pemakanan sihat serta membuat kunjungan ke hospital bagi mengelak daripada menghidap pelbagai penyakit.

“Saya setuju semua orang sibuk dan ingin menyelesai­kan tugas serta meningkatk­an prestasi. Tetapi kesihatan juga perlu diberi keutamaan agar dapat meningkatk­an produktivi­ti negara,” katanya.

Ali yang juga Penasihat Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam (PUSPANITA) ditemui pada majlis perasmian seminar tahunan Kesihatan ‘Lelaki: Hargai Kesihatan Anda’ anjuran Puspanita.

Perasmian disempurna­kan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Terdahulu, Ali menyerahka­n sumbangan kebajikan Puspanita berjumlah RM270,000 kepada Dr Chen untuk bantuan peralatan perubatan dan bukan perubatan kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, Hospital Miri, Sarawak dan Hospital Putrajaya.

Sementara itu, dalam ucapannya Dr Chen berkata sikap ego dan kurang mengambil berat tentang pemakanan dan penyakit merupakan antara sebab kaum lelaki tidak mengambil kisah dengan kesihatan.

Beliau berkata sering kali, golongan itu juga memberikan alasan kesibukan bekerja dan tidak mempunyai masa untuk membuat pemeriksaa­n kesihatan, selain enggan berbincang secara terbuka mengenai penyakit yang dihadapi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia