Utusan Borneo (Sarawak)

England, Jerman teruskan rentak cemerlang

Tewas di Sofia, Belanda berdepan risiko gagal layak ke kejohanan besar buat kali kedua berturut-turut

-

PARIS, England: England dan juara bertahan, Jerman berada di landasan kelayakan ke Piala Dunia 2018 Ahad lepas sementara Belanda memecat jurulatihn­ya Danny Blind ketika pasukannya berkemungk­inan gagal layak ke kejohanan besar buat kali kedua berturut-turut.

Di Wembley, Jermain Defoe meraikan kepulangan­nya ke bola sepak antarabang­sa dengan satu gol ketika England menewaskan Lithuania 2-0.

Defoe, 34, membuat penampilan pertama bersama England sejak November 2013, menjaringk­an gol pada pertengaha­n separuh masa pertama untuk gol antarabang­sa ke-20 beliau.

P e m a i n tian, Jamie Vardy, m e - lengk a - p k a n jaring a n

Kami mahu menjaringk­an lebih banyak gol tetapi saya fikir kami adalah satu-satu pasukan yang mahu menang dan ia sememangny­a sukar apabila berdepan pasukan yang bermain secara bertahan. Arjen Robben Kapten Belanda

ga n - ketika England mengukuhka­n kedudukan di tangga teratas Kumpulan F.

Skuad kendalian Gareth Southgate kini adalah pasukan terakhir dalam zon kelayakan Eropah yang masih belum bolos satu gol.

England mengumpul 13 mata, empat mata di hadapan Slovakia dengan hanya juara kumpulan layak secara automatik ke Piala Dunia 2018 R u -

sia.

“Kami mahu menjaringk­an lebih banyak gol tetapi saya fikir kami adalah satu-satu pasukan yang mahu menang dan ia sememangny­a sukar apabila berdepan pasukan yang bermain secara bertahan,” kata Southgate.

Slovakia naik ke tangga kedua selepas menewaskan Malta 3-1 sementara Scotland ket

inggalan enam lagi mata s e - lepas gol Chris Martin pada minit ke-88 memastikan kemenangan 1-0 ke atas Slovenia. Jerman mengekalka­n rekod bersih kemenangan apabila menewaskan Azerbaijan 4-1 di Baku untuk mengutip 15 mata maksima dalam Kumpulan C. Jerman dan Switzerlan­d adalah dua pasukan di Eropah yang masih mempunyai rekod bersih kemenangan. Dua gol Andre Schuerrle dan satu gol masing-masing dari Thomas Mueller dan Mario Gomez menyaksika­n Jerman melanjutka­n rekod tanpa kalah di tempat lawan dalam kempen kelayakan Piala Dunia kepada 44 perlawanan.

Pemain tenngah Azerbaijan, Dimitrij N a z a r o v , yang bermain di Jerman, menjaringk­an gol penyamaan n awal tetapi ia bertukar menjadinja­di gol saguhati apapabila Jerman mula ula menguasai permainan.

Belanda memecat Blind selepas pasukannya tewas mengejut 0-2 kepada Bulgaria pada perlawanan hari Sabtu, menyebabka­n peluang kel kelayakan mereka s semakin tipis. Blind, 55, membimbing pasukan sejak Julai 2015 tetapi kekalahan di Sofia menyebabka­n Bela Belanda di tangga keem keempat Kumpulan A, enam mata d i belaka belakang pendahulu kumpulan, Perancis. “Ia menyedihka­n kerana semuanya berakhir seperti ini,” kata Blind.

Ireland Utara kekal di tangga kedua Kumpulan C, lima mata di belakang Jerman selepas gol Jamie Ward pada minit kedua dan Conor Washington pada minit ke-30 memastikan kemenangan 2-0 ke atas Norway di Belfast.

Republik Czech kurang dua lagi mata selepas membelasah San Marino 6-0.

Poland menjarakka­n kedudukan di tangga teratas Kumpulan E dengan enam mata selepas menewaskan Montenegro 2-1 sementara Armenia menewaskan Kazakhstan 2-0. — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar AFP ?? IMPAK SEGERA: Defoe (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu England menewaskan Lithuania di Stadium Wembley, London pada Ahad lepas . LINCAH: Schuerrle melepasi kawalan dua pemain pertahanan Azerbaijan ketika beraksi...
— Gambar Reuters — Gambar AFP IMPAK SEGERA: Defoe (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu England menewaskan Lithuania di Stadium Wembley, London pada Ahad lepas . LINCAH: Schuerrle melepasi kawalan dua pemain pertahanan Azerbaijan ketika beraksi...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia