Utusan Borneo (Sarawak)

MotoGP: Vinales curi perhatian di Qatar

-

DOHA, Qatar: Pelumba dari Sepanyol, Maverick Vinales, yang menunggang jentera Yamaha, memenangi perlumbaan MotoGP selepas akhirnya menewaskan Andrea Dovizioso selepas kedua-dua pelumba saling bertukar pendahulua­n pada tujuh pusingan terakhir di sini Ahad lepas.

Vinales, 22, yang mencuri perhatian pada sesi uji pandu pramusim dan juga semasa sesi latihan bebas di sini, menangani permulaan buruk dari petak pertama sebelum mencipta kemenangan untuk menambah lagi reputasiny­a.

“Ia sememangny­a hebat,” kata beliau selepas perlumbaan.

“Secara jujurnya, litar ini sangat sukar. Saya terlalu berhati-hati pada permulaan perlumbaan.

“Apa pun, jentera ini cukup hebat. Saya harus berkata terima kasih kepada pasu- kan. Walaupun jika keadaan adalah sukar, kami mampu bersaing.”

Vinales memenangi satu perlumbaan yang dikurangka­n kepada 20 pusingan selepas hujan dan litar basah menangguhk­an permulaan perlumbaan kepada 45 minit dan dengan barisan pelumba termasuk 10 juara dunia.

Apa yang pasti, penganjur agak bertuah kerana hujan turun lebih lebat selepas perlumbaan dan hujung minggu MotoGP Qatar akan diingati sebagai perlumbaan basah.

Dovizioso, yang menunggang jentera Ducati, terpaksa akur di tempat ketiga sementara rakan sepasukan Vinales, Valentino Rossi, menduduki tempat ketiga walaupun memulakan perlumbaan di petak ke-10.

“Ia adalah sangat sukar,” kata Dovizioso. “Kami tahu kami tidak dapat berlumba terlalu pantas.

Juara bertahan, Marc Marquez, yang menjelaska­n sebelum perlumbaan di mana beliau pastinya gembira untuk menaiki podium, hanya menduduki tempat keempat untuk pasukan Honda.

Vinales kelihatan mensiasiak­an peluang awal selepas memulakan perlumbaan dengan hambar.

Johann Zarco, yang membuat penampilan sulung dalam MotoGP bersama pasukan Yamaha Tech3, mendahului pusingan pertama dan berjaya menjarakka­n kedudukan dengan lebih dari satu saat pada pusingan keenam sebelum terbabas.

Tetapi Vinales sentiasa mengekori di belakang dan dengan baki tujuh pusingan, beliau bersaing sengit dengan Dovizioso, yang mendahului perlumbaan ketika itu.

Vinales berjaya memotong Dovizioso pada pusingan ketiga terakhir tetapi Dovizioso sempat merampas kembali kedudukan pada dua pusingan terakhir.

Vinales kembali memintas pada akhir pusingan kedua sebelum mengekalka­n kedudukan sehingga ke garisan penamat.

Ia adalah perlumbaan ke14 di Qatar dan 10 kali pada perlumbaan malam.

Perlumbaan akan disambung di Argentina pada 9 April depan.

Dalam perlumbaan Moto2, Franco Morbidelli dari Itali, memenangi perlumbaan dari petak pertama, mengatasi Thomas Luthi dari Switzerlan­d dan Takaaki Nakagami dari Jepun.

Joan Mir dari Sepanyol, memenangi perlumbaan Moto3 untuk kemenangan kedua dalam kerjayanya.

Beliau mengatasi John McPhee dari Britain dan Jorge Martin dari Sepanyol. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia