Utusan Borneo (Sarawak)

Terus promosi sukan permotoran air kepada golongan belia: Awla

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berharap sukan permotoran air dapat terus diperkenal­kan di negeri ini khususnya melibatkan golongan belia.

Menurutnya, usaha itu boleh direalisas­i dengan memasukkan sukan permotoran air dalam senarai acara yang dipertandi­ngkan pada Regata Sarawak yang merupakan aktiviti tahunan.

“Sukan air (permotoran) kini amat diminati golongan belia khususnya, adalah besar harapan kita agar sukan ini dapat dimasukkan dalam Regata Sarawak.

“Ia sekali gus menarik minat para belia untuk melibatkan diri dalam sukan ini,” katanya selepas menghadiri majlis penyampaia­n hadiah sempena Karnival Sukan Gedong 2017.

Awla yang juga Penaung Kelab Power Pump Boat Simunjan berkata, sukan permotoran air di negeri ini masih kurang penyertaan dan pendedahan.

Justeru, beliau berharap pendedahan awal sukan air sedemikian dapat menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk melibatkan diri dalam sukan tersebut.

“Apa yang penting, aspek keselamata­n perlu dititikber­atkan kerana perlumbaan ini melibat kuasa enjin tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersama Menteri Muda Pembanguna­n Keusahawan­an dan Menteri Muda Perancanga­n Sumber merangkap ADUN Gedong Datuk Mohd Naroden Majais menyampaik­an hadiah kepada para pemenang perlumbaan bot dan Raja Sungai Gedong.

Gelaran Raja Sungai Gedong dimenangi pasukan Madinah Race, manakala johan Power Pump Boat 13 HP dimenangi Izam Tazeli, sementara kategori 7HP pula disandang oleh Fauzi Bee.

 ??  ?? PROMOSI: Naroden dan Awla merakam gambar kenangan bersama Kelab Power Pump Boat Simunjan.
PROMOSI: Naroden dan Awla merakam gambar kenangan bersama Kelab Power Pump Boat Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia