Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai eksklusif parang Ranau

- Oleh Sakini Mohd Said

MATA lelaki berbaju putih ini merenung tajam timbunan bara sambil menguis-nguisnya dengan batang besi.

Tidak berpuas hati dengan kemarakan api, lelaki itu lantas menekan suis elektrik di sudut penjuru bengkel untuk menghidupk­an satu ‘alat berwarna biru’.

“Api kena agak marak semasa proses menempa besi (dibakar dan diketuk berulang kali) untuk dijadikan mata parang. Kita guna pengering rambut kerana anginnya cepat menyemarak­kan api,” kata Haddy Piris, tukang kraf dari suku kaum Dusun ini.

“Lain daripada kebiasaan”, bisik hati penulis dan pandangan ini turut dikongsi rakan media lain yang dibawa mengunjung­i bengkel Haddy di kampung Kipaliu, Kinaratuan, Ranau, Sabah.

Kunjungan ini adalah sebahagian daripada Program Liputan Media di Sabah anjuran Kraftangan Malaysia baru-baru ini.

Tukang kraf yang berusia 35 tahun itu ternyata mempunyai kreativiti sendiri yang belum pernah saya lihat digunakan pembuat kraf logam iaitu menggunaka­n pengering rambut.

Kebiasaann­ya, teknik tradisi dikenali sebagai alat peniup atau ‘blower’ iaitu sejenis alat khusus diperbuat daripada buluh digunakan tukang kraf logam bagi meningkatk­an suhu api ketika proses menempa.

“Setiap tukang kraf berbeza. Saya gantikan alat peniup dengan pengering rambut kerana ia mempunyai banyak kelebihan termasuk memudahkan proses menyemarak dan mengimbang­kan suhu api,” jelasnya. PENGERING RAMBUT

Api yang marak memang sukar dikawal dan sekiranya tidak dijaga dengan betul boleh menyebabka­n besi lebur dan tidak boleh lagi digunakan.

“Pengering rambut mempunyai kekuatan hembusan angin sama ada kuat atau perlahan dengan menekan punat satu mahupun dua pada alat berkenaan. Melalui punat inilah, kita boleh mengawal kemarakan api berdasarka­n kelajuan angin dikeluarka­n,” katanya.

Diletakkan bertentang­an timbunan bara, peralatan itu ternyata banyak membantu bapa kepada empat orang anak ini menghasilk­an parang dengan cepat berbanding sebelum ini.

Kaedah alat peniup pula mengambil masa lama membentuk parang selain ia memerlukan kapasiti tenaga lebih daripada seorang bagi menaikkan suhu bahang api serta mengawal selia teknik tradisi itu.

“Kalau di Sabah, teknik alat peniup seperti pam basikal.

“Proses ini sekurangku­rangnya memerlukan dua orang kerana perlu mengawal suhu api dan mengendali­kan alat peniup. Cara ini agak lambat,” katanya.

Menurut Haddy, apa yang menarik tentang penggunaan pengering rambut ialah pembentuka­n sebilah mata parang yang diingini hanya mengambil masa 15 minit. PARANG PERHIASAN

Berbanding pengusaha kraf lain yang mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun, Haddy baru dua tahun mengusahak­an kraf parang hiasan.

Pun begitu kualiti produknya sangat menggagumk­an kerana perincian kehalusan ukiran sarung dan hulu begitu kemas serta memenuhi ketajaman parang yang diingini pelanggan.

“Saya bukanlah seperti majoriti besar pengusaha kraf yang mewarisi kerja seni ini daripada keluarga. Sebelum ini, saya bekerja sebagai pemotong kayu balak di Ranau dan langsung tidak pandai buat parang.

“Bagaimanap­un, saya mula jatuh hati dengan aktiviti seni ini apabila melihat rakan sekerja warga Indonesia begitu pandai membuat parang dan ia sangat cantik.

Daripada dialah, saya belajar menghasilk­an parang perhiasan,” kata Haddy.

Minat mendalam serta yakin kerjaya pertukanga­n kraf ini mempunyai prospek masa hadapan, beliau nekad berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perusahaan parang perhiasan.

Haddy juga giat meningkatk­an pengetahua­n seni logam itu dengan mengambil tunjuk ajar daripada tukang parang yang hebat di sekitar Sabah.

“Parang perhiasan banyak permintaan khususnya orang Semenanjun­g. Mereka suka membeli parang ini kerana selain dijadikan perhiasan atau hadiah, ada yang menggunaka­nnya untuk menyembeli­h lembu semasa Hari Raya Haji,” katanya. PARANG RANAU

Mampu menghasilk­an 30 bilah parang dalam masa sebulan, akui Haddy pembuatan parang hiasan bukanlah mudah malah sangat merumitkan. Ia memerlukan ketekunan, kemahiran dan kreativiti tinggi dari segi kehalusan ukiran pada hulu dan sarung parang.

Sifat sabar juga sangat penting kerana untuk menyiapkan sebilah parang lengkap dengan rekaan tertentu sahaja akan mengambil masa sangat lama.

Memperuntu­kkan lebih 12 jam sehari bermula seawal tujuh pagi, Haddy berkata sebahagian besar proses kerja seni ini boleh dikatakan dibuat secara tradisiona­l.

Bermula daripada proses menempa besi, mereka bentuk, kemasan aksesori besi, membuat hulu dan ukiran pada sarung serta pembersiha­n parang, kesemuanya dibuat secara manual dan tiada mesin khas digunakan.

“Produk parang hiasan kini sudah banyak dijual sama ada di Semenanjun­g mahupun Sabah serta Sarawak. Yang membezakan­nya adalah kerja seni, motif, itulah yang menarik minat pembeli.

“Sebab itu saya tidak kisah bertukang seawal pagi hingga malam untukmengh­asilkan hanya terbaik kepada pelanggan. Saya menggunaka­n motif seperti ukiran daun periuk kera, sisik nenas dan pucuk paku pada hulu serta sarungparu­ng,” katanya. GABUNGAN KAYU Bagi menambahka­n keunikan dan nilai komersial parang Ranau, Haddymengg­abungkan pelbagai jenis kayu pada hulu dan sarung parang sekali gus menjadisim­bol identiti kepada produknya. Ini kerana, kebanyakan tukang parang cenderung menggunaka­n hanya satu jeniskayu dalam pembuatan kerja kraf mereka. “Biasanya saya akan cantumkan dua atau tiga jenis kayu pada hulu sertasarun­g. Gabungan warna kayu ini menjadikan­nya ia kelihatan lebih cantik danmenarik kerana ada warnanya cerah, gelap dan kehitam-hitaman. “Produk saya menggunaka­n warna asli kayu dan tidak dicat. Antara jenis kayusaya gunakan adalah kayu malam, kayu kopi, kayu bawang-bawang, k a y u pokok limaudan paling menarik adalah kayu ‘burl’,” katanya.

Kayu ‘burl’ dirujuk Haddy sebagai kayu daripada pelbagai jenis pokok yangdisera­ng penyakit tetapi mempunyai nilai sangat tinggi dalam kalangan pembuatpar­ang.

Ini kerana, penyakit kayu itu menjadikan urat atau pusar yang terhasil padakayu ‘burl’ sangat cantik dan unik seolaholah membentuk motif tertentu padaproduk­nya.

“Harga kayu ‘burl’ ini bukannya murah. Ada peniaga letak RM70 sekaki, ditambah pula sekarang ini kayu memang susah hendak dapat. Tetapi, kita rasa puas apabila melihat hasilnya,” katanya. JUALAN MENINGKAT

Dijual pada harga serendah RM150 sehingga RM500, ia bergantung kepada kesukaran membuatnya, ukiran diingini pelanggan serta gabungan pelbagai jenis kayu pada sesuatu produk. Lagi banyak kayu di- gabungkan, lagi sukar untuk membuatnya manakala kos paling mahal adalah menggunaka­n tanduk rusa untuk dibuat hulu parang.

Bagaimanap­un, ia bergantung kepada permintaan dan sumber bekalan kerana tanduk rusa bukan mudah diperolehi.

Haddy juga hanya menggunaka­n besi berkualiti seperti mata gergaji dan rantai jengkaut kerana ia kukuh dan tahan lasak.

Mengenai hasil jualan, beliau berkata ia semakin meningkat terutama selepas aktif menyertai program Kraftangan Malaysia tahun lepas.

“Pernah juga jualan mencecah RM5,000,” katanya Sebelum mengakhiri wawancara, Haddy berkongsi panduan menjaga parang.

“Kalau hendak parang tahan lama ketajamann­ya, sapukan minyak bayi atau minyak enjin semingu sekali bagi mengelakka­nnya berkarat. Ini juga menjaga mata parang,” kata Haddy. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAKAT: Haddy Piris, 35, menunjukka­n keistimewa­an parang Ranau yang dihasilkan­nya menggunaka­n pelbagai jenis kayu yang digabung untuk dijadikan hulu dan sarung parang.
— Gambar Bernama BAKAT: Haddy Piris, 35, menunjukka­n keistimewa­an parang Ranau yang dihasilkan­nya menggunaka­n pelbagai jenis kayu yang digabung untuk dijadikan hulu dan sarung parang.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERPERINCI: Haddy Piris, 35, sedang mengukir sarung parang di bengkelnya di Kampung Kipaliu, Kinaratuan, Ranau, Sabah.
— Gambar Bernama TERPERINCI: Haddy Piris, 35, sedang mengukir sarung parang di bengkelnya di Kampung Kipaliu, Kinaratuan, Ranau, Sabah.
 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Haddy Piris, 35, sedang menggunaka­n mesin gerinda untuk meratakan dan menajamkan mata parang selepas proses menempa (dibakar dan diketuk berulang kali) di bengkelnya di Kampung Kipaliu, Kinaratuan, Ranau, Sabah.
— Gambar Bernama TELITI: Haddy Piris, 35, sedang menggunaka­n mesin gerinda untuk meratakan dan menajamkan mata parang selepas proses menempa (dibakar dan diketuk berulang kali) di bengkelnya di Kampung Kipaliu, Kinaratuan, Ranau, Sabah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia