Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga 'Sape masters' jayakan ‘The Collaborat­ion’ di Sibu

- Oleh Watt Zacchaeus

Sape di Sibu telah menjayakan program ‘The Collaborat­ion’ dengan menganjurk­an ceramah berkenaan sape dan ‘Busking’.

Tiga penceramah yang merupakan serta digelar ‘Sape Masters’ yang tidak asing lagi iaitu Eugene Kuek dari Kuching, Jimpau Balan (Kanowit) dan Waddington Jan (Bintulu) telah diundang khas bagi menyampaik­an ceramah berkaitan sape.

Ceramah telah diadakan di kediaman Jakery Chukan yang merupakan salah seorang peminat sape di Jalan Maludan di Sibu, Sabtu lepas pada sebelah paginya.

Ceramah yang bermula dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari itu merangkumi topik berkenaan dengan sejarah sape, teori, praktikal dan latihan bermian sape.

Eugene, Jimpau dan Waddington turut berkongsi cerita mengenai asal usul sape kepada hadirin.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 15 orang bertempat di Ivan Cafe, Jalan Permai.

Turut mewarnai acara tersebut ialah Will Masterpiec­e dan Kent Masterpiec­e yang bersama-sama mempersemb­ahkan nyanyian masing-masing sambil diiringi band Superfrien­ds.

Acara itu juga turut mendapat sokongan dari pemilik Ivan Cafe Mejar (B) Moses Ripai yang menyediaka­n tempat untuk acara tersebut.

Selain Eugene, Jimpau dan Waddington turut mempersemb­ahkan melalui petikan sape ialah seorang pemain sape wanita yang tidak asing lagi iaitu Elizabeth Bungan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Eugene (duduk tengah) diapit oleh Waddington (kiri) dan Jimpan (kanan) bersama para peserta ceramah. MENARIK PERHATIAN: Acara itu merupakan satu tarikan kepada orang ramai. BERBAKAT: Elizabeth Bungan merupakan seorang pemain sape wanita...
UNTUK ALBUM: Eugene (duduk tengah) diapit oleh Waddington (kiri) dan Jimpan (kanan) bersama para peserta ceramah. MENARIK PERHATIAN: Acara itu merupakan satu tarikan kepada orang ramai. BERBAKAT: Elizabeth Bungan merupakan seorang pemain sape wanita...
 ??  ?? penggemar sape di sekitar bahagian Sibu.
Sementara itu, pada sebelah malamnya, ketigatiga ‘Sape Masters’ itu turut diundang untuk menyertai acara ‘Busking’ MANTAP: Antara aksi Waddington yang sempat dirakamkan semasa acara ‘Busking’. PETIKAN...
penggemar sape di sekitar bahagian Sibu. Sementara itu, pada sebelah malamnya, ketigatiga ‘Sape Masters’ itu turut diundang untuk menyertai acara ‘Busking’ MANTAP: Antara aksi Waddington yang sempat dirakamkan semasa acara ‘Busking’. PETIKAN...
 ??  ?? MASIH BERBISA: Petikan sape dari Eugene.
MASIH BERBISA: Petikan sape dari Eugene.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia