Utusan Borneo (Sarawak)

Alif Satar & Sherry Alhadad kemudi pentas Rockanova

-

SEGALA persoalan dan tanda tanya berhubung pelantikan pasangan pengacara yang bakal mengemudik­an pentas utama program realiti Rockanova kini terjawab apabila pihak Astro Prima mengesahka­n gandingan mantap penyanyi, pelakon dan hos popular, Alif Satar dan pelawak terkenal Sherry Alhadad sebagai Pengacara Konsert untuk musim yang julung kali diterbitka­n baru-baru ini.

Sementara itu, hos hlive yang juga merupakan pelakon yang semakin meningkat naik, Adriana Adnan pula akan menggalas tanggungja­wab sebagai Pengacara Diari.

Mengulas mengenai pemilihan Alif dan Sherry sebagai pengacara konsert, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad tanpa ragu-ragu memberitah­u keduadua selebriti popular itu memiliki karisma tersendiri dan reputasi yang tidak perlu dipertikai­kan dalam mengendali­kan program-program hiburan terutamany­a yang bersiaran secara langsung dalam skala yang besar.

Atas alasan itu, kata Raqim, Astro memang tidak teragakaga­k mengambil mereka berdua untuk mengendali­kan konsert mingguan Rockanova kerana percaya dengan kemampuan mereka untuk menghidupk­an program ini dengan keletah mereka yang bersahaja.

“Sebelum ini Alif sudahpun membuktika­n keupayaan beliau mengawal pentas besar sewaktu berganding­an dengan Zizan Razak ketika mengacarak­an program Akademi Fantasia. Manakala Sherry pula memiliki kredibilit­i yang tidak boleh disangkal selain pernah dilantik sebagai hos acara berprestij seperti Festival Filem Malaysia dan Anugerah Planet Muzik sebelum ini.

“Justeru, keputusan untuk menggandin­gkan mereka berdua untuk menjayakan penerbitan pertanding­an nyanyian yang mengangkat muzik aliran rock ini dilihat cukup tepat. Kami juga amat mengalu-alukan kehadiran Adriana dalam keluarga Rockanova untuk memeriahka­n musim ini selaku pengacara diari,” tambah beliau.

Sepuluh orang peserta yang berjaya diserap masuk untuk menyertai musim pertama ini adalah terdiri daripada lima orang peserta lelaki iaitu PIJOE; [Hafizul Andie Zulkarnain, 27, Sabah], ERMAN; [Ermansah Endal, 32, Sabah], JR; [Gajir Junior, 27, Sabah], OZIL; [Mohd Fadzil Ayong, 30, Sabah] dan EME; [Eme Termizie, 31, Sarawak].

Manakala lima orang lagi ialah peserta perempuan iaitu MEL; [Malisa Janudin, 33, Johor], DAYAH; [Nurhidayah Yahya, 25, Kuala Lumpur], ZARITH; [Zarith Sofia Mohd Yasin, 24, Johor], DIAN; [Sri Diana Amir Bashah, 36, Pulau Pinang] dan YAN [Noor Aziyan Saiddudin, 32, Perak].

Mengulas mengenai pemilihan barisan peserta, Raqim turut berkata, pihak produksi telahpun menjalanka­n sesi penyaringa­n yang cukup telus dan teliti bagi mengenal pasti bakat yang benar-benar mampu memberi cabaran sengit.

“Walaupun pertama kali diterbitka­n, kami telah menerima banyak penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang cukup berbakat dan ini merupakan cabaran kepada pihak produksi Astro sendiri untuk menyenarai pendek barisan peserta yang benar-benar berpotensi dan menonjol untuk diserap masuk bagi menyertai musim ini.

“Tunjang utama pemilihan mereka adalah kemampuan untuk melontarka­n vokal dengan baik yang menjadi senjata utama bagi setiap peserta dalam program ini. Selain itu, setiap daripada mereka juga memiliki keunikan identiti, karakter dan aura ‘rockers’ yang turut menjadi teras utama pemilihan pihak produksi. Pemilihan ini membuktika­n mereka adalah yang terbaik dan kami percaya mereka juga sudah tidak sabar lagi untuk memperliha­tkan bakat sedia ada yang dimiliki,” tambahnya lagi.

Rangkaian program Rockanova bakal bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (105). Rutin para peserta dapat ditonton melalui liputan diari harian ’Rock On’ pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam yang telah pun mula menemui semalam (27 Mac 2017).

Selain itu, para para penonton juga boleh mengikuti apa yang berlaku di sebalik tabir konsert mingguan menerusi program ’Rocktrek Rockanova’ pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam bermula pada 29 Mac 2017.

Menarik lagi, para peminat juga boleh menonton persembaha­n akustik para peserta menerusi kapsul ’Rock Jamm’ pada setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 8.55 malam bermula 30 Mac 2017.

Manakala ’Konsert Rockanova’ pula akan bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 29 Mac 2017 secara serentak di saluran Astro Prima dan Maya HD (135).

Rockanova ialah sebuah program pencarian bakat yang berkonsepk­an pertanding­an nyanyian untuk mencari generasi pelapis muzik aliran rock. Bagi membuktika­n kesungguha­n inisiatif ini, Rockanova turut menampilka­n ikon muzik rock terkenal, Dato’ Awie dan komposer popular tanah air, Edry Abdul Halim sebagai Juri Tetap yang akan dipertangg­ungjawabka­n untuk menilai persembaha­n para peserta berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan. Manakala seorang lagi juri akan diundang khas sebagai juri jemputan pada setiap minggu.

Selain itu, Rockanova juga turut membawa masuk dua tenaga pengajar untuk menyumbang­kan khidmat bimbingan dan tunjuk ajar kepada barisan peserta musim ini iaitu Dato’ Hattan sebagai Sifu Rock merangkap Guru Persembaha­n dan Sarah Ismail sebagai Guru Vokal.

Program Rockanova turut memperkena­lkan sistem pemarkahan yang berdasarka­n 70% oleh pihak juri dan 30% berdasarka­n undian SMS. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirk­an. Talian untuk menghantar­kan undian akan mula dibuka pada 29 Mac 2017, jam 9.30 malam. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Juara Rockanova bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM80,000 beserta trofi. Naib juara pula akan memenangi wang tunai RM40,000 beserta trofi manakala pemenang tempat ketiga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi.

Pemenang tempat keempat pula akan memenangi wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Rockanova dibawakan oleh Alicafe selaku penaja manakala Radio Sinar fm serta Aplikasi Raku juga turut menjayakan musim ini selaku Radio Rasmi dan Radio Digital Rasmi.

Selain itu, Rockanova juga turut disokong oleh Astro Gempak selaku Portal Hiburan Rasmi serta Astro Circle selaku Rakan Rockanova.

 ??  ?? Barisan peserta Rocknova.
Barisan peserta Rocknova.
 ??  ?? MALAM ESOK: Barisan peserta bergambar bersama juri dan tenaga pengajar.
MALAM ESOK: Barisan peserta bergambar bersama juri dan tenaga pengajar.
 ??  ?? KETUA SALURAN MELAYU ASTRO RAQIM AHMAD
KETUA SALURAN MELAYU ASTRO RAQIM AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia