Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Lembah Chuping bakal ubah landskap ekonomi Perlis

-

PADANG BESAR: Projek pembanguna­n Kawasan Perindustr­ian Lembah Chuping (KPLC) yang dijadual siap sepenuhnya pada 2025 dijangka menyumbang RMM2.58 bilion kepada keluaran dalam negara kasar, selain mengubah landskap ekonomi Perlis.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata, KPLC sebagai kunci dan pemangkin sosio ekonomi rakyat akan melonjak ekonomi negeri itu daripada ekonomi tradisi yang menumpu kepada bidang pertanian kepada ekonomi moden.

Katanya, KPLC seluas 3,300 ekar itu mengandung­i Pelabuhan Darat Perlis (PDP) seluas 500 ekar sebagai hab logistik serta kawasan industri yang tertumpu kepada tiga kluster, iaitu penjanaan tenaga boleh diperbahar­ui, pengeluran hijau dan industri halal.

Menurut beliau, pada peringkat awal, lebih 12,500 peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan dan ia dijangka meningkat sekali ganda ke- pada 25,000 dalam jangka panjang.

“Saya optimis KPLC yang dirancang dengan teliti sejak 2014 akan mencapai objektifny­a kerana menerima banyak maklum balas positif daripada bakal pelabur asing dan swasta,” katanya.

Azlan berucap pada majlis pelancaran KPLC oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l di tapak projek tersebut di sini, semalam.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.

Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Penasihat Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Datuk Zainal Abidin Osman dan Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan persekutua­n kerana meluluskan projek tersebut dengan memberi peruntukan awal RM873.5 juta bagi membangunk­an infrastruk­tur asasnya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Azlan ber- kata, banyak pihak berminat melabur dalam KPLC, antaranya projek tenaga solar 50 Megawatt bernilai RM300 juta dan pelaburan oleh syarikat dari China.

Ketika ditanya mengenai keupayaan KPLC berikutan kekangan ekonomi dunia beliu berkata: “Tak usah bimbang, pelaburan akan masuk apabila infrastruk­tur asas siap satu hingga dua tahun lagi. Sudah ada tanda-tanda ekonomi dunia lebih positif dalam dua tiga tahun ini. Apa yang kita buat ini tepat pada masanya.

“Projek ini adalah projek rakyat yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum ke- 13 lepas. Saya yakin matlamat Wawasan Perlis Maju 2030 akan tercapai dengan kejayaan KPLC,” kata Azlan.

Ketua Eksekuif NCIA, Redza yakin dengan pelbagai insentif disediakan kerajaan pusat selaras dengan objektif Transforma­si Nasional 2050, KPLC akan berupaya menarik banyak pelaburan asing. — Bernama KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd mengumumka­n agihan pendapatan sebanyak 6.0 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) dan 6.5 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2017.

Agihan pendapatan bagi ASM akan melibatkan pembayaran berjumlah RM1 bilion manakala ASB 2 pula akan membabitka­n pembayaran sebanyak RM384.7 juta, kata Pengerusin­ya Tan Sri Abdul Wahid Omar pada taklimat mengenai ‘Rebiu 2016 dan Perkembang­an Terkini PNB 2017’ di sini semalam.

“Agihan pendapatan ASM berkenaan akan memberi manfaat lebih 500,000 pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 17.3 bilion unit, manakala agihan ASB 2 akan memberi manfaat kepada lebih 200,000 pemegang unit yang kini memiliki kira-kira 7.4 bilion unit,” katanya.

Sehingga 28 Feb 2017, Abdul Wahid berkata, ASM mencatatka­n pendapatan kasar sebanyak RM1.2 bilion dengan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM622.2 juta daripada 52.4 peratus pendapatan kasar.

“Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang RM404.2 juta atau 34 peratus, manakala baki pendapatan sebanyak RM160.9 juta atau 13.6 peratus diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, ASB 2 mencatatka­n pendapatan kasar sebanyak RM349.8 juta setakat 28 Feb 2017, dengan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM158.8 juta atau 45.4 peratus kepada pendapatan kasar.

Abdul Wahid berkata pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang RM133.2 juta atau 38.2 peratus manakala baki RM57.8 juta atau 16.5 peratus diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.

Beliau berkata pengagi- han yang diisytihar­kan oleh ASM dan ASB 2 akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada RM1 seunit dan akan dikreditka­n secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April, 2017.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2016, PNB mengumumka­n pengagihan pendapatan sebanyak 6.3 sen dan 7.05 sen masing-masing untuk ASM dan ASB 2.

Bagi pendapatan Amanah Saham Gemilang (ASG), yang terdiri daripada tiga dana iaitu ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan, Abdul Wahid berkata, PNB telah memperuntu­kkan sejumlah RM138 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 140,000 pemegang unit yang melanggan 3.1 bilion dana.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2017, ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan telah mengumumka­n agihan pendapatan, masing-masing sebanyak 4.5 sen, 4.25 sen dan 5.15 sen seunit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia