Utusan Borneo (Sarawak)

ICP jana pelaburan lebih AS$17.5b menjelang 2020

Mengukuhka­n usaha ke arah negara berpendapa­tan tinggi

-

KUALA LUMPUR: Program Kerjasama Industri ( ICP) yang merupakan inisiatif kerajaan bagi memastikan nilai terbaik untuk setiap wang program perolehan, dijangka dapat menjana pelaburan melebihi AS$ 17.5 bilion (AS$1 = RM4.42) menjelang 2020.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sasaran itu mampu dicapai biarpun dalam persekitar­an ekonomi semasa yang tidak menentu.

“ICP akan mengukuhka­n usaha Malaysia untuk muncul sebagai negara berpendapa­tan tinggi dan ekonomi yang dipacu oleh produktivi­ti.

“Saya percaya Malaysia dapat mencatat lebih banyak kejayaan susulan pelaksanaa­n ICP dengan syarat sinergi itu dapat diwujudkan dalam kalangan pihak berkepenti­ngan untuk memastikan nilai wang bagi setiap ringgit yang dibelanjak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama di Persidanga­n Persatuan Ofset dan Timbal-Balas Perdaganga­n Global (GOCA) Asia Pasifik 2017 di sini, semalam.

Sehubungan itu, Johari menggesa kalangan agensi perolehan dan pihak penanggung obligasi melihat ICP sebagai peluang untuk berkongsi manfaat ekonomi dengan pihak berkepenti­ngan berkaitan selain mewujudkan platform perniagaan yang mampan.

Pada masa ini, sebanyak 71 daripada 265 projek keseluruha­n ICP itu sedang dijalankan.

Malah, daripada jumlah itu, tujuh projek sudah siap sepenuhnya dan mencatat Nilai Kredit ICP sebanyak AS$ 1.3 bilion yang turut menyumbang kepada ekonomi negara ketika ini.

Nilai nominal programpro­gram ini dijangka sekitar AS$250 juta.

Jelas Johari, bagi setiap dolar yang dibelanjak­an ke atas perolehan itu, kerajaan mendapat pulangan sebanyak 3-4 kali lebih tinggi dari segi kualiti pelaburan, pengwujuda­n kerja, penambahba­ikan teknikal dan pemindahan teknologi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia