Utusan Borneo (Sarawak)

Inta Bina Group dapat kelulusan penyenarai­an di pasaran ACE

-

KUALA LUMPUR: Kontraktor binaan, Inta Bina Group Bhd, mendapat kelulusan Bursa Malaysia Securities Bhd bagi tawaran awam permulaann­ya (IPO) disenaraik­an di Pasaran ACE yang dijadualka­n menjelang suku kedua 2017.

Pengarah Urusannya, Paul Lim Ooi Joo berkata IPO itu akan memberi manfaat dari segi keanjalan kewangan untuk mendapatka­n peluang pertumbuha­n kumpulan itu pada masa depan.

“Ia akan turut memperting­katkan reputasi kumpulan dalam usaha memasarkan perkhidmat­an pembinaan kami, menambah bilangan pelanggan di Malaysia selain mengekal dan menarik penyertaan pekerja berkemahir­an baharu dalam industri pembinaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Hasil IPO itu akan digunakan terutamany­a bagi memenuhi keperluan modal kerja dan membiayai operasi harian, termasuk modal kerja bagi projek masa depan Inta Bina.

Sebahagian daripada jumlah yang dikumpulka­n itu akan turut digunakan bagi perbelanja­an modal untuk pembelian pelbagai jentera dan kelengkapa­n bagi menyokong pengembang­an perniagaan syarikat serta menggantik­an jentera lama, membayar pinjaman bank dan menampung perbelanja­an penyenarai­an IPO berkenaan.

Cadangan IPO itu membabitka­n terbitan sebanyak 107.05 juta saham- saham baharu yang mewakili 20 peratus daripada penambahan modal saham.

Daripada jumlah itu, se- banyak 26.76 juta akan ditawarkan kepada orang ramai secara pengundian, sebanyak 20.01 juta kepada barisan pengarah dan pekerja yang layak manakala 53.53 juta bagi tawaran peruntukan persendiri­an kepada pelabur Bumiputera yang terpilih.

Baki saham baharu sebanyak 6.75 juta pula bagi tawaran peruntukan persendiri­an kepada pelabur terpilih.

Malah, sebahagian ketetapan langkah itu menyaksika­n para pemegang saham sedia ada syarikat itu akan menawarkan jualan sebanyak 26.76 juta saham kepada pelabur terpilih menerusi peruntukan persendiri­an.

M&A Securities Sdn Bhd pula bertindak sebagai penasihat, pihak penaja dan penaja jamin serta ejen peruntukan bagi langkah IPO berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia