Utusan Borneo (Sarawak)

IHP Feb meningkat disebabkan harga minyak yang tinggi

-

KUALALUMPU­R: Kenaikan 4.5 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari, yang merupakan pertumbuha­n tertinggi dalam tempoh lapan tahun, disebabkan terutamany­a oleh harga minyak yang lebih tinggi pada bulan itu, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Sebab utama ialah kos petrol. Jika kita melihat pada kos pengangkut­an dalam kumpulan IHP, ia mewakili hampir 13-14 peratus.

“Bila ada faktor ini, dengan harga minyak naik, sudah pasti ini menjejaska­n kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Gobal Offset and Countertra­de Associatio­n (GOCA) Asia Pasifik 2017 di sini semalam.

Inflasi teras yang lain kekal, katanya.

Sementara itu, purata harga satu liter petrol RON95 ialah RM2.30 dalam bulan berkenaan berbanding RM1.75 pada bulan yang sama tahun lepas manakala jualan RON97 naik kepada RM2.60 berbanding RM2.05 sebelum ini.

IHP, satu ukuran bagi inflasi, meningkat 4.5 peratus kepada 119.7 pada Februari berbanding 114.5 pada bulan yang sama tahun lepas.

Johari bagaimanap­un berkata inflasi dijangkaka­n susut pada bulan-bulan akan datang susulan harga minyak dunia mula stabil dan turun.

“Saya jangkakan dalam tempoh akan datang kita akan menyaksika­n pelarasan kepada angka (IHP dan sumbangan pengangkut­an),” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan merancang memperkena­l semula subsidi bahan api jika harga minyak pulih, Johari berkata: “Saya rasa terlalu awal untuk saya bincangkan perkara itu.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia