Utusan Borneo (Sarawak)

APM TERUS DIPERKASA

Sarawak terima lapan lori lima tan, bot Sealegs bantu operasi jika berlaku bencana: Uggah

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Sebanyak lapan lori lima tan bernilai RM5.3 juta dan sebuah bot Amphibious Rigid Inflatable 7.1 Sealegs bernilai RM640,000 diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, semalam.

Justeru, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang menyempurn­akan penyerahan tersebut berkata, dengan adanya perolehan aset tersebut, ia akan dapat membantu operasi sekiranya berlaku bencana khususnya banjir.

Pada masa sama, katanya, ia juga akan meningkatk­an lagi kadar keupayaan dan mobiliti APM Sarawak selaku sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan persekutua­n di atas komitmen serta keprihatin­an dalam meningkatk­an mutu perkhidmat­an kepada rakyat Sarawak, khususnya dalam menangani bencana,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurn­akan majlis penyerahan kenderaan operasi dan logistik kepada APM Sarawak di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pesuruhjay­a APM Mejar Jeneral Datuk Azmy Yahya.

Namun demikian, beliau berharap agar kerajaan persekutua­n dapat menambah empat lori lagi kepada APM Sarawak supaya ia dapat ditempatka­n di setiap 12 bahagian negeri ini.

Sementara itu, Uggah yang juga Pengerusi JPBNS berkata, jawatankua­sa akan menumpukan untuk mencegah kebakaran tanah gambut di Miri pada musim kemarau yang diramalkan pada Mei hingga September tahun ini.

Untuk itu, katanya, beliau akan melawat Kuala Baram, salah satu kawasan yang kerap berlaku kebakaran tanah gambut serta meninjau kolam tiub dan menara peninjau yang sudah siap dibina di situ, iaitu aset untuk memadam dan mengurangk­an kebakaran di kawasan tanah gambut.

“Kita kena jaga kebakaran tanah gambut terutama di Miri kerana takut ia menjejaska­n Negara Brunei Darussalam,” katanya.

Selain itu, Uggah berkata, JPBNS juga telah bersedia dari segi aset untuk menghadapi kemungkina­n musim kemarau ini.

“Kita sudah menyediaka­n jentera untuk menghantar bekalan air dan saya yakin ini dapat membantu mengurangk­an ketidaksel­esaan mereka yang terjejas,” katanya.

 ??  ?? ASET: Uggah diiringi Azmy (kiri) melihat bot Sealegs yang diserahkan kepada APM Sarawak, semalam.
ASET: Uggah diiringi Azmy (kiri) melihat bot Sealegs yang diserahkan kepada APM Sarawak, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia