Utusan Borneo (Sarawak)

RASUAH: INSPEKTOR DIREMAN 4 HARI BANTU SIASATAN

-

KUCHING: Seorang inspektor polis dari cawangan Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching direman empat hari bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.

Pegawai polis berusia 35 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada jam 10 malam Isnin lepas dan dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini, jam 10 pagi semalam.

Suspek direman sehingga 28 Mei 2017 oleh Hakim Mahkamah Sesyen Nixon Kenedy Kumbong yang membenarka­n permohonan pegawai SPRM, Katherina Nais.

Dia disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana didakwa menerima rasuah berjumlah RM4,500 daripada seorang pesalah trafik.

Sementara itu, di mahkamah sama Ngu Ho Woon, 58, seorang pengusaha kedai runcit dijatuhkan denda RM10,000 dan jika gagal menjelaska­n denda hukuman penjara sebulan menantinya, atas kesalahan cuba memberi rasuah RM2,000 kepada seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Hakim Nixon Kenedy Kumbong menjatuhka­n hukuman itu di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 selepas Ngu mengaku salah.

Ngu mengaku cuba memberi suapan kepada pegawai JIM bagi mengelak tindakan undang- undang diambil ke atas pekerjanya warga Indonesia yang disyaki tidak mempunyai permit kerja sah di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Dia melakukan kesalahan itu kirakira jam 6.16 petang di sebuah kedai runcit di Batu 7 di sini pada 15 Disember tahun lalu.

Ngu menjelaska­n denda yang dikenakan ke atasnya.

 ??  ?? DIREMAN: Pegawai polis berpangkat inspektor diiringi pegawai SPRM meninggalk­an bilik perbicaraa­n Mahkamah Sesyen.
DIREMAN: Pegawai polis berpangkat inspektor diiringi pegawai SPRM meninggalk­an bilik perbicaraa­n Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia