Utusan Borneo (Sarawak)

PELBAGAI AKTIVITI CERIAKAN SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

PELBAGAI aktiviti diadakan oleh Pusat Dalam Komuniti (PDK) Gemilang untuk menceriaka­n golongan autisme sempena sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia di Martabat Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew baru-baru ini.

Perasmian majlis disempurna­kan oleh Penaung PDK Gemilang, Datin Dr Zaliha Abdullah yang merupakan isteri Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur merangkap Menteri Muda Urbanisasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip.

Dalam pada itu Pengasas PDK Gemilang, Mohamad Zephyan Nasution Junaidi berkata, sepanjang penubuhan PDK Gemilang sejak tahun 2008 hingga sekarang, permasalah­an autisme menjadi satu tanggungja­wab pusat itu dalam memberi khidmat pemulihan yang berterusan kepada golongan terbabit.

“Memberikan terapi selama 45 minit dengan mengenal pasti perilaku, menekan tentang pengurusan diri dan sosial, praakademi­k berkaitan persediaan awal untuk kemasukan ke pendidikan khas, penekanan kepada alam pekerjaan, penjanaan ekonomi orang kurang upaya (OKU) dan penubuhan kedai OKU Syarifhaik­al Collection sebagai projek perintis program penjanaan ekonomi OKU adalah antara inisiatif yang dibuat oleh PDK Gemilang,” jelasnya.

Katanya, PDK Gemilang telah berjaya menempatka­n 16 pelatih ke pendidikan khas sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah perdana seperti kanakkanak biasa dan seorang telah berjaya mendapat pekerjaan sebagai pembantu pembuat roti di sebuah kedai roti di Bintulu melalui program ‘Job Coach’ serta 35 pelatih lagi daripada 54 orang masih dalam proses pemulihan di PDK Gemilang.

“Justeru PDK Gemilang mengajak masyarakat setempat untuk menerima kehadiran golongan ini tanpa prejudis dan menyokong kempen ‘Kamek Prihatin’ bagi golongan ini dengan mendaftar sebagai ahli sukarelawa­n PDK Gemilang,” katanya.

Menjelas lanjut mengenai autisme katanya, ia merupakan gangguan perkembang­an saraf yang kompleks dan kesulitan dalam interaksi sosial, komunikasi, perilaku terbatas, berulangul­ang dan karakter stereotaip.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi PDK Gemilang, Wan Sulaiman Wan Maulana; penyelaras Unit OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ibu bapa, ketua masyarakat dan penduduk setempat.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Zaliha (kiri), Zephyan, Wan Sulaiman dan tetamu lain merakam kenangan selepas perasmian Hari Kesedaran Autisme Sedunia untuk PDK Gemilang.
UNTUK ALBUM: Dr Zaliha (kiri), Zephyan, Wan Sulaiman dan tetamu lain merakam kenangan selepas perasmian Hari Kesedaran Autisme Sedunia untuk PDK Gemilang.
 ??  ?? SUMBANGAN: Dr Zaliha ( kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Zephyan untuk PDK Gemilang sambil disaksikan oleh Wan Sulaiman (kanan).
SUMBANGAN: Dr Zaliha ( kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Zephyan untuk PDK Gemilang sambil disaksikan oleh Wan Sulaiman (kanan).
 ??  ?? TUMPUAN PENUH: Dr Zaliha, Zephyan, Wan Sulaiman serta tetamu memberi tumpuan penuh semasa menyaksika­n bakat kanak-kanak autisme.
TUMPUAN PENUH: Dr Zaliha, Zephyan, Wan Sulaiman serta tetamu memberi tumpuan penuh semasa menyaksika­n bakat kanak-kanak autisme.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N ISTIMEWA: Seorang daripada bekas pelatih autisme PDK Gemilang menunjukka­n bakat nyanyian di hadapan tetamu.
PERSEMBAHA­N ISTIMEWA: Seorang daripada bekas pelatih autisme PDK Gemilang menunjukka­n bakat nyanyian di hadapan tetamu.
 ??  ?? SENAMAN: Sebahagian kanak-kanak autisme dan penjaga mereka menyertai acara senaman sebelum upacara perasmian bermula pada paginya.
SENAMAN: Sebahagian kanak-kanak autisme dan penjaga mereka menyertai acara senaman sebelum upacara perasmian bermula pada paginya.
 ??  ?? SERONOK: Para pelatih PDK Gemilang sambil dipimpin oleh penjaga kelihatan seronok menyertai acara sukaneka.
SERONOK: Para pelatih PDK Gemilang sambil dipimpin oleh penjaga kelihatan seronok menyertai acara sukaneka.
 ??  ?? UNTUK KESIHATAN: Acara senaman untuk kanak-kanak autisme, penjaga serta kakitangan PDK Gemilang.
UNTUK KESIHATAN: Acara senaman untuk kanak-kanak autisme, penjaga serta kakitangan PDK Gemilang.
 ??  ?? BERBAKAT: Kanak- kanak autisme menunjukka­n bakat menari di hadapan tetamu yang hadir.
BERBAKAT: Kanak- kanak autisme menunjukka­n bakat menari di hadapan tetamu yang hadir.
 ??  ?? TINJAU: Dr Zaliha melawat gerai pameran sambil diiringi Zephyan (kiri) dan tetamu yang lain.
TINJAU: Dr Zaliha melawat gerai pameran sambil diiringi Zephyan (kiri) dan tetamu yang lain.
 ??  ?? RASMI: Dr Zaliha memotong tali kain rentang simbolik perasmian Hari Kesedaran Autisme Sedunia.
RASMI: Dr Zaliha memotong tali kain rentang simbolik perasmian Hari Kesedaran Autisme Sedunia.
 ??  ?? MESRA: Dr Zaliha (berdiri) bersalaman dengan para pelatih PDK Gemilang.
MESRA: Dr Zaliha (berdiri) bersalaman dengan para pelatih PDK Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia