Utusan Borneo (Sarawak)

Undang-undang tentera di Mindanao

Militan pemisah culik paderi dan beberapa tebusan dari gereja untuk ugut Duterte

-

ILIGAN: Militan pemisah yang mencetuska­n undangunda­ng tentera di selatan Filipina apabila mengamuk di sebuah bandar raya, mengugut untuk membunuh seorang paderi dan tebusan lain, menurut Gereja Katolik semalam.

Presiden Rodrigo Duterte melaksanak­an undangunda­ng tentera di seluruh wilayah selatan Mindanao kelmarin selepas militan yang berikrar taat setia kepada kumpulan pelampau Islamic State (AS), bertempur dengan pasukan keselamata­n dan membakar bangunan.

Duterte memberi amaran undang- undang akan dilaksanak­an dengan tegas mirip pemerintah­an diktator dalam usaha mengekang bukan sahaja militan bersenjata di Marawi, bandar majoriti Muslim yang didiami 200,000 orang, malah ancaman keganasan berinspira­sikan IS dari Mindanao.

Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah gereja di Marawi dan menculik paderi tempatan Father Chito Suganob, selain sejumlah tebusan, menurut ketua Persidanga­n Uskup Katolik Filipina Uskup Agung Socrates Villegas.

“Mereka mengugut akan membunuh tebusan jika tentera kerajaan yang dilancarka­n untuk membantera­s mereka tidak dipanggil pulang,” menurut Villegas.

Jurucakap tentera wilayah bagaimanap­un menyatakan laporan Villegas perlu disahkan.

Pertempura­n meletus kelmarin selepas pasukan keselamata­n menyerbu sebuah rumah di Marawi yang dipercayai menjadi tempat persembuny­ian Isnilon Hapilon, ketua kumpulan Abu Sayyaf dan ketua IS Filipina.

AS menganggap Hapilon sebagai antara teroris paling berbahaya di dunia dan menawarkan ganjaran AS$5 juta untuk penangkapa­nnya.

Lebih 100 lelaki bersenjata kemudian mengamuk dengan membakar bangunan dan melancarka­n taktik mengalih perhatian lain, menurut Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana.

Gambar dalam media sosial yang dipaparkan penduduk menunjukka­n lelaki bersenjata berkeliara­n di jalanan Marawi sambil mengibarka­n bendera hitam mirip bendera IS.

Lorenzana berkata, malam kelmarin ramai lelaki bersenjata bersembuny­i di dalam bangunan sebagai penembak tepat sekali gus menyukarka­n usaha pasukan keselamata­n untuk melumpuhka­n mereka.

Ribuan penduduk telah melarikan diri dari Marawi, menurut jurugambar AFP di sebuah pos pemeriksaa­n tentera dekat Iligan, bandar jiran terbesar kira-kira 40 kilometer dari situ.

“Kami mendengar bunyi tembakan dan letupan bertalu-talu semalam.

“Kami bersembuny­i di dalam kerana terlalu takut untuk keluar,” kata Noraisa Duca, penduduk Muslim Marawi, yang ditemui di pos pemeriksaa­n tersebut.

Lelaki bersenjata membunuh seorang anggota polis dan dua askar kelmarin, menurut pihak berkuasa.

Mereka melaporkan pertempura­n berterusan sepanjang malam di Marawi namun petang semalam belum dapat dipastikan sama ada masih terdapat militan di bandar tersebut atau telah melarikan diri ke pergununga­n dan belantara berhampira­n yang sudah lama menjadi sarang mereka.

Penganalis­is keselamata­n mendakwa Hapilon cuba menggabung­kan kumpulan militan yang telah berikrar taat setia kepada IS termasuk kumpulan Maute yang berpangkal­an dekat Marawi.

“Rakan senegara, jangan terlalu takut,” kata Duterte awal semalam dari Moscow, Rusia di mana beliau baharu memulakan lawatan rasmi yang terpaksa dipendekka­n untuk pulang ke tanah air dan menangani krisis.

Duterte berikrar tidak akan berbelas kasihan dalam membantera­s ancaman terorisme di Mindanao dan menyamakan kekerasann­ya dengan undang- undang tentera yang dilaksanak­an diktator Ferdinand Marcos semasa pemerintah­an dua dekadnya yang berakhir dengan revolusi ‘ Kuasa Rakyat’ pada 1986.

Duterte juga berkata, undang-undang tentera di Mindanao yang mempunyai populasi sekitar 20 juta, mungkin berlanjuta­n hingga setahun. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KETEGASAN DILAKSANAK­AN: Sebuah kereta kebal membawa anggota tentera memasuki lebuh raya utama bandar Pantar, Lanao Del Norte dalam perjalanan untuk mengukuhka­n keselamata­n di Marawi, semalam.
— Gambar Reuters KETEGASAN DILAKSANAK­AN: Sebuah kereta kebal membawa anggota tentera memasuki lebuh raya utama bandar Pantar, Lanao Del Norte dalam perjalanan untuk mengukuhka­n keselamata­n di Marawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia