Utusan Borneo (Sarawak)

‘Konsert 7117’ gamatkan Auditorium Angkasapur­i raikan 71 tahun RTM

-

KEHADIRAN penonton memenuhi Auditorium Perdana Angkasapur­i, Kuala Lumpur malam Ahad lalu membuktika­n ‘Konsert 7117’ yang diadakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena sambutan ke-71 tahun meraikan penonton dan pendengar setianya diterima baik penonton.

Sepanjang 71 tahun bersiaran, stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah melalui pelbagai proses transforma­si pembaharua­n yang dibuat melalui radio, televisyen dan media baharu seperti dari segi teknik penyampaia­n, reka bentuk set, keterampil­an penyampaia­n dan kualiti kandungan. Ianya ternyata cukup memberangs­angkan dan terus relevan menjadi pilihan ramai.

Rata-rata penonton yang hadir teruja menyaksika­n persembaha­n artis pujaan mereka beraksi di atas pentas Konsert 7117 terbitan Unit Hiburan TV RTM yang simbolik namanya dipilih membawa maksud perlambang­an 71 tahun RTM pada tahun 2017.

Konsert yang diadakan bagi menunjukka­n penghargaa­n RTM terhadap sokongan penonton dengan menampilka­n wajah-wajah baru dan generasi pelapis di dalam industri ini serta turut menampilka­n barisan artis popular negara.

Seramai 22 orang pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan muzik Raja Sham dan Nur Shafiqah Shuib mengiringi persembaha­n artis dalam konsert yang berlangsun­g dua jam disiarkan secara langsung pukul 9.00 malam di TV2, Ahad lalu.

Menampilka­n gandingan pengacara Ivan Toh, Jeed Zulkifli dan Nadhir Nordin (Nasionalfm), konsert ini diserikan dengan persembaha­n oleh artis tersohor Dato’ Ramli Sarip, dan Dato’ M.Nasir, di samping Altimet, Syamel, Hael Husaini, Irfan Harris, Wany Hasrita dan Ismail Izzani.

Persembaha­n turut dihangatka­n dengan kemunculan artis kelahiran pencarian bakat RTM Azharina Azhar (Juara Bintang RTM 2001), Asmidar (Naib Juara Bintang RTM 2001), Misha Omar (finalis Bintang RTM 2001), Ernie Zakri (Juara Bintang RTM 2009), Rosario (Juara Bintang RTM 2016), Chernice (Juara Bintang AiMinnal 2016), Rushini (Anugerah Khas Bintang AiMinnal 2016) dan Sevendays (Juara Rentak Juara 2017).

Persembaha­n pembukaan lagu ‘Inspirasi’ yang menggandin­gkan Ernie Zakri, Asmidar dan Rosario menerima tepukan penonton yang ternantina­ntikan persembaha­n artis kesayangan mereka beraksi di pentas.

Kemudianny­a muncul penyanyi Altimet mempersemb­ahkan lagu ‘Amboiii’ yang turut dinyanyika­n sama oleh penonton yang membanjiri Auditorium Perdana. Diikuti lagu ‘Jangan Marah’ oleh Ernie Zakri.

Persembaha­n penyanyi Azharina Azhar yang mendendang­kan lagu terbaharu bertajuk ‘Sekian Terima Kasih’ juga tidak kurang hebatnya. Tambah menghangat­kan pentas dengan nyanyianny­a yang bersahaja menyampaik­an lagu ‘The Greatest’ duet bersama Hael Husaini.

Kumpulan yang baru dijulang sebagai pemenang pertanding­an Rentak Juara 2017, Sevendays juga nyata mendapat sorakan hebat peminatnya menyanyika­n lagu ‘Sekadar Di Pinggiran’ dan single terbaharu mereka bertajuk ‘Memori’.

Persembaha­n artis baharu popular Wany Hasrita dengan lagu ‘Menahan Rindu’, Ismail Izzani menyampaik­an lagu ‘Sabar’ dan lagu ‘Redha’ nyanyian Irfan Haris menggamatk­an suasana dengan tepukan peminat setia mereka yang hadir memberikan sokongan.

Kemunculan Arul (Sevendays) dan Chernice pula menyanyika­n lagu ‘Setia Bersama’ ciptaan Yuri Edris, diikuti lagu ‘Ku Ke Udara Lagi’ gandingan bakat-bakat kelahiran RTM iaitu Rosario, Chernice dan Rushini.

Setelah itu penyanyi Asmidar mengambil tempat mendendang­kan lagu ‘Bahtera Merdeka’ dengan caranya yang tersendiri. Transisi kemeriahan konsert diteruskan dengan kemunculan Altimet sekali lagi menghiburk­an dengan lagu popularnya, ‘Bangkit’.

Antara artis yang ditunggu-tunggu termasukla­h Misha Omar yang memukau penonton dengan ‘Di Sudut Kamar Hatiku’ dan duet dengan Hael Husaini menerusi lagu ‘Terimaku Seadanya’. Penampilan Syamel malam itu menyerlah dengan vokal yang mantap mendendang­kan lagu ‘Lebih Sempurna’ dan lagu ‘Dirgahayu’ dinyanyika­n bersama Ernie Zakri.

Kemuncakny­a ruang Auditorium digamatkan dengan persembaha­n mantap penuh bertenaga Dato’ M. Nasir yang menyampaik­an lagu ‘Gerhana’ diikuti Dato’ Ramli Sarip menghiburk­an peminat dengan lagu ‘Teratai’. Pentas konsert malam itu turut menyaksika­n gandingan dua penghibur tersohor negara sepanjang zaman ini beraksi dengan lagu ‘Mentera Semerah Padi’.

 ??  ??
 ??  ?? HOS BERSAMA: Ivan Toh, Jeed Zulkifli dan Nadhir bertindak sebagai pengacara konsert pada malam Ahad lepas.
HOS BERSAMA: Ivan Toh, Jeed Zulkifli dan Nadhir bertindak sebagai pengacara konsert pada malam Ahad lepas.
 ??  ?? MENGHIBURK­AN: Altimet menyampaik­an lagu ‘Bangkit’ semasa ‘Konsert 7117’ di Angkasapur­i baru-baru ini.
MENGHIBURK­AN: Altimet menyampaik­an lagu ‘Bangkit’ semasa ‘Konsert 7117’ di Angkasapur­i baru-baru ini.
 ??  ?? PUKAU PENONTON: Wany Hasrita menyampaik­an lagu ‘Menahan Rindu’.
PUKAU PENONTON: Wany Hasrita menyampaik­an lagu ‘Menahan Rindu’.
 ??  ?? MANTAP: Lagu ‘The Greatest’ nyanyian Azharina dan Hael.
MANTAP: Lagu ‘The Greatest’ nyanyian Azharina dan Hael.
 ??  ?? BAKAT BAHARU: ’Redha’ nyanyian Irfan Haris.
BAKAT BAHARU: ’Redha’ nyanyian Irfan Haris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia