Utusan Borneo (Sarawak)

PJS SETUJU BIAYAI BRENTON

Hantar atlet Sukan SEA 2017 dari Sarawak itu menjalani latihan di Jepun

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Judo Sarawak ( PJS) bersetuju membiayai sepenuhnya kos perbelanja­an menghantar atlet Sukan SEA 2017 dari Sarawak, Brenton Sim menjalani latihan di Jepun bermula semalam hingga 5 Jun depan.

Presidenny­a, Francis Chan mengesahka­n perkara itu selepas kecewa dengan layanan Majlis Sukan Negara ( MSN) dan Persekutua­n Judo Malaysia (PJM) yang tidak menyenarai­kan Brenton bagi menyertai latihan di Mongolia.

Beliau berkata, PJS turut menanggung kos perbelanja­an latihan terakhir atlet itu untuk menyertai Terbuka Taiwan sebelum Sukan SEA bermula pada Ogos nanti.

“Adalah tidak adil bagi PJS menanggung kos latihan Brenton kerana beliau dipilih mewakili negara. Namun, kita telah sebulat suara bersetuju menanggung sepenuhnya kos perbelanja­an Brenton menyertai latihan di Jepun.

“Di sana, beliau akan berlatih di Osaka Kodokan, Sekolah Menengah Hiroshima Hachikai Shi dan Universiti Pergigian Kitakyushu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Francis memberitah­u Brenton yang kini mengikuti Ijazah Sarjana Jurusan Sains Sukan khusus dalam sukan judo akan menyertai latihan berpusat pada Julai depan.

Menurutnya, ini adalah kali pertama Brenton, 24, dipilih mewakili negara pada Sukan SEA dan atlet itu akan bertanding dalam kategori bawah 81 kilogram.

Katanya, Brenton akan ditemani jurulatih PJS merangkap pengadil Sukan SEA, Nyam Sze Yung.

Menjelas lanjut, Francis turut kecewa selepas seorang lagi atlet berpotensi Sarawak, Andrew Sia tidak dapat bertanding pada Su- kan SEA selepas penganjur membatalka­n acara kategori melebihi 100 kilogram.

“Saya agak hairan mengapa penganjur membatalka­n kategori ini (100kg) sedangkan acara itu berpotensi menyumbang­kan pingat kepada negara melalui Andrew.

“Andrew beraksi cemerlang dengan menjuarai Kejohanan Antarabang­sa Terengganu pada 12 hingga 14 Mei lalu, malah beliau turut berjaya menewaskan atlet pilihan dari Thailand pada kejohanan di Pulau Pinang tahun lalu,” jelasnya.

Francis juga mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak memberi sokongan kepada PJS bagi membolehka­n mereka menghantar Brenton menjalani latihan di luar negara.

“PJS berharap latihan itu nanti dapat membantu Brenton meningkatk­an kemahirann­ya sekali gus menyumbang pingat untuk negara pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur nanti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PJS BANTU: Francis (kanan) dan Nyam pada sidang media semalam memberitah­u PJS membantu Brenton berlatih di Jepun.
PJS BANTU: Francis (kanan) dan Nyam pada sidang media semalam memberitah­u PJS membantu Brenton berlatih di Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia