Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan BN laksana prinsip bekerja

Abang Johari mahu pasukannya terus bekerja untuk rakyat, bukan ‘berpolitik’ sahaja

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg amat memberi penekanan agar pasukan di bawah kepimpinan­nya melaksanak­an prinsip terus bekerja untuk rakyat dan bukan ‘berpolitik’ setiap masa.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata berbanding pembangkan­g mereka menunjukka­n perangai sebenar yang boleh mereka buat.

“Kita tidak boleh hanya bercakap sahaja tetapi kita perlu bekerja dengan mengotakan apa yang dijan- jikan,” katanya mengulas mengenai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkan­g datang memohon peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) daripada kerajaan negeri.

Dr Rundi berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an geran MRP kawasan Kemena berjum- lah RM731,000 kepada 48 penerima di sini semalam. Katanya pembangkan­g melihat kalau kita bercakap ada cita- cita besar misalnya hendak membuat LRT ( Transit Aliran Ringan), kewangan digital, buat itu... buat ini dan sebagainya mereka cakap Ketua Menteri hanya omong kosong.

“Kalau kita tidak buat, mereka cakap kita tiada harapan, mana yang betul? Tidak pernah betul.

“Tetapi, mereka enam orang (pembangkan­g) datang minta peruntukan. Kita diajar tidak bersikap angkuh dan Ketua Menteri menjawab akan mengkaji (permohonan mereka) yang sudah tentu jawapannya begitu,” katanya.

Begitupun, apa yang diperhatik­an semasa Persidanga­n Dewan Undangan Negeri mereka sudah banyak berubah dan hilang ‘taring’.

“Apa sahaja yang mereka cakap dan ceritakan, akhirnya orang tahu apa mereka buat sama ada betul atau tidak.

“Inilah masa tepat untuk rakyat melihat perangai sebenar mereka. Dahulu mereka ada 12 wakil, sekarang tinggal enam, mungkin suatu hari nanti kosong kerana rakyat bosan khususnya di Sarawak tidak mahu terlalu banyak ‘politiking’.

“Kita mahu sedaya upaya membangunk­an rakyat dengan menggunaka­n peruntukan disediakan (RM1 bilion setahun) untuk rakyat bukan dengan ‘cucuk sana...cucuk sini’.

“Negeri kita tidak sama, bukan setiap hari berpolitik. Kita di Sarawak berpegang kepada prinsip semangat setia kawan,” katanya.

Kita tidak boleh hanya bercakap sahaja tetapi kita perlu bekerja dengan mengotakan apa yang dijanjikan.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Setiausaha Agung PBB

 ??  ??
 ??  ?? GUNAKAN SEBAIKNYA: Dr Rundi (dua kanan) menyampaik­an geran kepada seorang penerima sambil disaksikan Pemanca Limin Anai (tengah) di Bintulu semalam.
GUNAKAN SEBAIKNYA: Dr Rundi (dua kanan) menyampaik­an geran kepada seorang penerima sambil disaksikan Pemanca Limin Anai (tengah) di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia