Utusan Borneo (Sarawak)

PPWS berperanan bimbing, gerak wanita

Bimbing ke arah kemajuan pendidikan, laksana projek dan aktiviti jana pendapatan

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) memainkan peranan penting membimbing dan menggerakk­an wanita ke arah kemajuan dari segi pendidikan dan pelaksanaa­n projek serta aktiviti menjana pendapatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata pertubuhan itu memberi peluang kepada golongan wanita menggilap potensi memberi sumbangan ke arah pembanguna­n diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Golongan wanita harus meningkatk­an dan melengkapi diri dengan kemahiran relevan, kreatif dan berpengeta­huan bagi memastikan mereka lebih kompetitif menyahut cabaran.

“Setiap wanita perlu peka peranan masing-masing selain mengatur strategi mencapai kejayaan kerana perkara ini adalah asas utama bagi mereka bergerak maju.

“Dewasa ini golongan wanita bukan sahaja berperanan sebagai suri rumah, tetapi ejen perubahan.

“Kita sedar realiti peranan wanita dalam pembanguna­n sesebuah negara penting,” katanya.

Huang berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibacakan oleh Pengurus Dewan Suarah Sarikei Andrew Wong pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-55 PPWS di sini malam Isnin lalu.

Hadir sama ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, pengerusi pengelola Chuong Chan Ho, Pengerusi PPWS Sarawak Norjanah Razali serta tetamu lain.

Menurut Huang, wanita jangan merendah diri ketika menghadapi cabaran sebaliknya menganggap sebagai satu kaedah bagi membentuk ciri kepimpinan yang hebat.

Pada majlis itu, PPWS turut menerima sumbangan RM2,000 daripada Huang dan RM10,000 daripada Ding.

 ??  ?? RASMI: Tetamu kehormat bersama dengan ahli jawatankua­sa PPWS memotong kek sebagai perasmian Ulang Tahun Ke-55 PPWS.
RASMI: Tetamu kehormat bersama dengan ahli jawatankua­sa PPWS memotong kek sebagai perasmian Ulang Tahun Ke-55 PPWS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia