Utusan Borneo (Sarawak)

RM23.5 bilion untuk kurangkan kos sara hidup sejak 2011

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah membelanja­kan lebih RM23.5 bilion bagi mengurangk­an beban kewangan rakyat melalui Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) Kos Sara Hidup (COL) sejak diperkenal­kan pada 2011.

Menurut Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara (NTP) 2016, bantuan diberikan melalui bantuan segera dan bantuan jangka pendek seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan Bantuan Khas Awal Persekolah­an 1Malaysia (BKAP1M).

“Bantuan NKRA COL juga diberikan melalui peningkata­n ketersedia­an dan kebolehcap­aian kepada kemudahan awam seperti Klinik 1Malaysia (K1M), Kedai Rakyat 1Malaysia ( KR1M), Kafe Rakyat 1Malaysia (KFR1M) dan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KK1M),” menurut laporan itu.

Laporan menyebut sejumlah RM19.33 bilion telah diagihkan melalui BR1M sejak 2012.

Pada 2016, sejumlah 7.28 juta rakyat menerima antara RM400 hingga RM1,050 bergantung pada tahap pendapatan dan keperluan isi rumah masing-masing, menjadikan keseluruha­n pemberian berjumlah RM5.36 bilion iaitu pencapaian 100 peratus sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahun itu.

Dalam usaha meningkatk­an akses barangan asas, sejak 2012, BB1M telah membantu 6.4 juta pelajar peringkat tertiari, termasuk pelajar Tingkatan 6, dalam pembelian buku teks kursus melalui baucar buku bernilai RM250 seorang.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut menyatakan kerajaan akan membuka dan menaik taraf premis KR1M sedia ada sebagai usaha menyeragam­kan harga barangan keperluan terkawal seluruh negara.

“Versi mudah alih KR1M turut diperkenal­kan di kawasan luar bandar dan pedalaman, yang memberikan lebih banyak pilihan produk dengan harga yang berpatutan,” menurut laporan itu,

Dalam usaha memberi rakyat akses kepada penjagaan kesihatan yang mampu dinikmati, sejak tahun 2010, sebanyak 26, 744, 887 lawatan telah dibuat ke klinik K1M.

“Pada 2016, sebanyak 20 klinik K1M baharu daripada sasaran 33 buah untuk tahun itu telah memulakan operasi. Ini menjadikan jumlah lawatan ke klinik K1M sebanyak 6.47 juta, iaitu peningkata­n sebanyak 6.1 peratus daripada 6.1 juta lawatan pada tahun 2015,” menurut laporan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMPEN ANTIRASUAH: Dzulkifli (tiga kiri) menyampaik­an mesej antirasuah selepas merasmikan Gerakan Revolusi Antirasuah di sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Operasi SPRM Datuk Azam Baki (dua kiri).
— Gambar Bernama KEMPEN ANTIRASUAH: Dzulkifli (tiga kiri) menyampaik­an mesej antirasuah selepas merasmikan Gerakan Revolusi Antirasuah di sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Operasi SPRM Datuk Azam Baki (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia