Utusan Borneo (Sarawak)

BAKTI gembleng tenaga bungkus 57,000 kotak makanan untuk pasukan keselamata­n

-

PETALING JAYA: Anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) semalam menggemble­ng tenaga membungkus 57,000 kotak makanan sempena sambutan Aidilfitri bernilai kira-kira RM541,500 untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamata­n bagi menghargai jasa dan khidmat bakti mereka kepada negara.

Yang Dipertua BAKTI Datin Seri Rosmah Mansor berkata sumbangan pada tahun ini sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya di mana pada kali ini BAKTI membekalka­n set nasi beriani untuk diserahkan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

“Seperti tahun-tahun se- belumnya, BAKTI menjalanka­n tanggungja­wab menghulurk­an sumbangan kepada anggota keselamata­n negara yang bertugas di bulan Ramadan dan pada Hari Raya Aidilfitri.

“Set makanan kali ini mengandung­i nasi beriani berserta bawang goreng, ayam masak merah, dalca sayur dan acar buah. Ini adalah sebagai tanda ingatan kami kepada mereka yang akan bertugas pada Hari Raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembungkus­an sumbangan Aidilfitri BAKTI kepada pasukan keselamata­n negara di sini semalam.

Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejumlah 20,000 kotak makanan diagihkan kepada ATM, manakala 30,000 diserahkan kepada PDRM dan 7,000 lagi kepada APMM.

Pada acara itu, lebih 100 anggota sukarelawa­n turut serta membantu melakukan kerja-kerja pembungkus­an termasuk golongan belia antaranya daripada Persatuan Veteran Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan pelajar institusi pengajian tinggi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUT TERLIBAT: Rosmah (kiri) membungkus makanan yang akan diserahkan kepada pasukan keselamata­n negara pada Majlis Pembungkus­an Sumbangan Hari Raya BAKTI di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Naib Yang Dipertua BAKTI Datin Seri Hamidah Khamis (tengah).
— Gambar Bernama TURUT TERLIBAT: Rosmah (kiri) membungkus makanan yang akan diserahkan kepada pasukan keselamata­n negara pada Majlis Pembungkus­an Sumbangan Hari Raya BAKTI di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Naib Yang Dipertua BAKTI Datin Seri Hamidah Khamis (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia