Utusan Borneo (Sarawak)

Allardyce akan meletak jawatan Pengurus Crystal Palace itu terpaksa lupakan kerjaya demi keluarga

-

LONDON, England: Sam Allardyce mengumumka­n Selasa lepas di mana beliau meletak jawatan sebagai pengurus Crystal Palace selepas hanya lima bulan membantu kelab mengelak penyingkir­an atas sebab keluarga.

Pengurus berusia 62 tahun itu, yang hanya membimbing skuad kebangsaan England pada satu perlawanan, berkata beliau “tidak mempunyai keinginan untuk mengambil jawatan (membimbing) lain,” akui beliau selepas menolak kelab yang menawarkan­nya “satu peluang pemulihan”.

Allardyce mengisi jawatan di Palace selepas Alan Pardew dipecat pada bulan Disember dengan kontrak dua tahun setengah dan membimbing kelab memenangi lapan dari 21 perlawanan. Mereka menamatkan musim liga di tangga ke-14 liga.

“Apa pun, ia adalah satu keputusan yang sangat sukar tetapi secara ikhlasnya, ia keputusan mudah,” kata Allardyce dalam satu kenyataan ekoran perbincang­an dengan pengerusi kelab, Steve Parish.

“Saya akan sentiasa berterima kasih kepada Crystal Palace dan Steve Parish kerana memberikan saya peluang untuk meninggalk­an kelab dengan rasa bangga selepas membantu mereka kekal dalam Liga Perdana.

“Lebih dari itu, mereka memberikan saya peluang untuk memulihkan reputasi saya selepas apa yang berlaku bersama England. Saya merasakan saya memerlukan satu lagi peluang menjadi pengurus dalam Liga Perdana dan menunjukka­n bahawa saya masih mempunyai kemampuan untuk mencapai sesuatu yang bermakna. Seperti yang saya katakan hujung minggu lepas, Palace memberikan saya peluang pemulihan.”

Allardyce terpaksa meletak jawatan sebagai jurulatih England selepas s k a n d a l penyamaran wartawan dan hanya memegang jawatan selama 67 hari dan satu perlawanan.

Jawatan jurulatih England a d a l a h kemuncak kerjaya beliau sejak sekian lama dalam pengurusan bola sepak, di mana beliau membimbing Bolton, West Ham United, Newcastle United dan Sunderland. Tetapi ia berakhir dengan malang selepas tertipu dengan seorang wartawan yang menyamar sebagai bakal p e l a b u r kaya dan m e n g e - luarkan kenyataan yang t i d a k s e w a - jarnya d i mana beliau memberikan nasihat bagaimana untuk melepasi peraturan, mengkritik keputusan majikannya (Persatuan Bola Sepak Inggeris) membina semula Wembley dan juga memp e r l e k e h k a n bekas jurulatih Roy Hodgson ketika dirakam secara rahsia oleh wartawan dari akhbar The Daily Telegraph yang menyamar sebagai ahli perniagaan dari Asia Timur.

Allardyce berkata sebab untuk meletak jawatan adalah secara prinsipnya untuk menghabisk­an lebih banyak masa bersama keluarga.

“Ia satu penghormat­an untuk bekerja bersama kelab selama lima bulan terakhir. Tetapi ada masanya apabila anda harus mempunyai arah tuju sebenar dalam kehidupan anda – dan ia adalah perkara yang mudah bagi saya,” kata beliau.

“Saya mahu dapat mengharung­inya ketika saya masih agak muda dan juga masih sihat walaupun

jika saya usia saya (62) mula memberikan kesan kepada kehidupan saya. “Ketika saya masih memiliki tenaga, saya mahu mengembara dan menghabisk­an lebih banyak masa bersama keluarga dan cucu saya tanpa tekanan sebagai pengurus bola sepak. Saya berhutang kepada isteri dan keluarga saya. “Ini adalah masa yang tepat bagi saya dan saya menyedarin­ya dalam diri saya sendiri. Saya tidak bercitacit­a untuk mengisi jawatan lain, saya hanya mahu dapat menikmati semua perkara yang tidak anda nikmati dengan tuntutan tinggi sebagai pengurus bola sepak, apa lagi dalam Liga Perdana.” Allardyce menambah: “Steve Parish cukup faham semasa perbincang­an kami hari ini. Saya tahu ia mengejutka­n beliau kerana saya mahu pergi tetapi dari perbincang­an kami, ia tidak menunjukka­n ada sebarang isu di antara kami. “Ia bukan isu perpindaha­n, kewangan kelab atau apa-apa yang berkaitan. Ini adalah keputusan dari diri saya sendiri yang saya percaya tepat untuk keluarga dan diri saya sendiri. “Saya mahu berterima kasih kepada semua orang di atas pesanan sokongan sejak berita ini didedahkan. Saya tidak merasa ragu saya akan merindui pengurusan bola sepak tetapi saya tidak berasa kesal dengan keputusan ini.” — AFP

Saya akan sentiasa berterima kasih kepada Crystal Palace dan Steve Parish kerana memberikan saya peluang untuk meninggalk­an kelab dengan rasa bangga selepas membantu mereka kekal dalam Liga Perdana. Sam Allardyce Pengurus Crystal Palace

 ??  ?? ALLARDYCE
ALLARDYCE
 ??  ?? KOSCIELNY
KOSCIELNY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia